
Hari ini semasa dalam perjalanan ke rumah semasa balik dari kerja, aku terserempak dengan seorang polis trafik yang baik hati. Pada mulanya aku ingatkan jalan sesak akibat kemalangan jalan raya, maklumlah waktu orang ramai balik dari pejabat. Rupa-rupanya seorang polis trafik sedang melolak sebuah MPVyang terkandas ke tepi jalan. Sungguh terharu aku tengok polis tu, sorang-sorang tolak, si driver pula duduk dalam kereta sambil pusingkan steering kereta ke kiri jalan.
Aku tengok tak ada seorang pun yang nak menolong polis tu sama-sama tolak kereta tu, termasuklah aku yang hanya pandang dari jauh. Mana perginya budaya tolong menolong kita?… ermm aku ni cakap je pandai kan tapi sama je. Mungkin inilah sikap orang Malaysia yang malas dan tak ada budi pekerti. Berapa sangatlah gaji si polis tu tapi masih ada budi bicara dan sanggup membantu pemilik kereta itu dengan tanpa sebarang bayaran.

PaanMFR says:
Salam..
terkadang kita tersepit antara nk bantu atau tidak..
kalau kita yang berkereta contohnya, nk bantu, takut kereta kita tu pulak bikin blok jalan
kalau yang bermotosikal ok lagi la kot..
Polis plak rasanya dah jadi tanggungjawab dia untuk kasi clear jalan tu kalau ada kereta rosak yang blok jalan.. but.. kita pun boleh bantu juga ye tak? :)