Anak Kucing Aku Patah Kaki

Sedih siut.. 2 hari lepas kakak aku start enjin kereta aku… tiba-tiba bunyi kebabom… rupa-rupanya anak kucing aku tu pergi duduk dekat enjin kereta.. abis sebelah kaki separuh putus… banyak gak la darah memancut.. aku ingat nak bawak gi klinik tapi dia lari pula lepas tu… 2hari aku tak jumpa dia… semalam aku nampak dia pastu aku ikatkan kain perca kat kaki yang putus tu… semalam tak ada ulat… tapi hari ni bila aku nak letak minyak gamat aku tengok dah banyak ulat kat kaki kucing tu… sadis siut… aku tak tau nak buat apa lagi dah.. nak antar klinik kos mahal pulak, tapi takkan nak dia seksa macam tu… aku buntu…

DSC_0190

Sebenarnya kucing ni beranak kat luar rumah aku… jadi aku kasi dia makan hari-hari kat luar rumah.. dia ni garang sikit sebab tak biasa ngan aku… lepas kejadian ni aku tengok dia dah macam tak terurus dah… mak dia pun dah tak nak kasi susu sebab kaki dia dah bau bangkai… huh panjang betul nyawa kucing ni… kalau inilah keseksaan yang dia alami elok dia mati je.. aku tak sanggup dowh nak tengok dia seksa…

DSC_0192

Ermm ada sesiapa yang baca blog aku ni tau tak cara nak ubat kucing patah kaki macam ni?,… nak letak apa-apa ke petua ke..?.. jangan suh aku anta klinik dah la.. sebab seriously¬†aku tak mampu kos dia..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com