Dinyahkan

Artikel bertajuk (Apa Akan Berlaku Jika Manusia Punyai Iri Hati Terlampau) telah dinyahkan dari blog ini atas permintaan penulis asal (Bugil) bagi menjaga sensitiviti sesetengah pihak. Terima kasih kepada sesiapa yang sempat baca dan memberi komen. Aku berharap penulis tidak patah semangat untuk berkarya dimasa akan datang.

Bugil (nama samaran) merupakan kawan baik saya, ye saya tahu anda yang membaca ni pun kawan baik saya juga (takkan aku nak letak semua nama kat sini..), baru berjinak dalam bidang blogger, tetapi masih belum mempunyai blog sendiri, beliau mempunyai idea kretif dan bernas, jika dipandang dari sudut positive, artikel beliau merupakan nasihat dan pandangan dari mata beliau sendiri akan kehidupan seharian masyarakat persekitaran. Selain daripada itu, artikel beliau juga mengigatkan kita supaya sentiasa bersih dan tidak mementingkan diri sendiri. Itu datang dari buah fikiran penulis sendiri yang tersirat dan tersurat.

Saya mengangap artikel beliau sebagai teguran kepada diri saya sendiri. Ada ketikanya saya alpa, tetapi artikel beliau sedikit sebanyak memberi perangsang dan menyedarkan saya dalam semua aspek.

Ok lah aku tak nak panjang lebar sebab aku pun dah tak ada mood nak menulis lagi. Mulai hari ini segala artikel berkaitan pejabat, rakan pejabat, gambar-gambar bersama rakan pejabat, artikel orang lain, tidak lagi di letakkan di blog kesayangan aku ni, artilek-artikel lama yang berkaitan hal pejabat pun akan dinyahkan dari sini sedikit masa lagi. Ini penting bagi menjaga keharmonian bekerja dalam satu bumbung dan tidak ada sebarang spekulasi berkaitan hal pejabat selepas ini.

Saya mewakili Bugil dan diri saya sendiri igin meminta maaf kepada semua yang terlibat, secara jujurnya tidak ada sebarang niat untuk menyakitkan hati sesiapa, blog ini sekadar luahan dan perjalanan hidup seorang yang bernama Mohd Zaid Othman bukan blog untuk pekerja Helpdesk (7E),  jadi sebarang artikel didalam blog adalah untuk semua pembaca!.

P/s : kalau gua salah lu tegur kalau lu salah gua tegur.. ok tak?..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , . Bookmark the permalink.

One Response to Dinyahkan

  1. alicia says:

    sedihlah zaid…banyak2lah bersabar k zaid. sbgi kawan yg suka baca blog org lain, sy faham situasi ko sekarang. xpa zaid,nanti kita enjoy jalan2 ok. kita jgn fikir bende2 macam ni lagi. let it go…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *