Apa Guna Aku BerBlog?

dalam Diriku oleh

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pertama sekali saya nak ucapkan selamat datang dan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan dan semua yang mengenali diri saya Mohd Zaid Othman kerana setia dan masih sudi ke blog saya ini. Setelah lebih setahun saya menulis blog ini, banyak komen-komen yang bernas, komen-komen yang negetif yang saya terima. Tetapi saya tidak pernah membuang komen-komen anda dan saya menerima  dengan hati yang terbuka segala kritikan. Dalam masa yang sama saya telah memperolehi ramai rakan-rakan baru di alam cyber ini. Ada juga rakan-rakan yang sebelum ini tidak pernah tegur dan sombong tetapi memberi semangat baru dan komen positif disini. Saya menganggapnya satu perjalanan yang sihat.

Saya suka menulis dan membaca blog, tapi saya sebenarnya tidak suka mambaca buku apatah lagi menulis di kertas. Ini mungkin sikap saya yang tidak dapat di bendung sejak dari kecil lagi. Saya sedar saya bukanlah ahli bijak pandai macam anda semua, tetapi saya cuba untuk mengaja kesopanan dan kesusilaan saya dalam menulis blog. Ada kalanya saya juga tidak sedar ada artikel-artikel yang saya tulis atau saya copy/paste telah membuat ramai orang yang terasa dan terguris dengan saya. Saya tidak kesah tetapi saya berharap anda yang membaca entri saya kali ini tidaklah sebegitu rupa ye..

Sejak setahun saya menulis blog bodoh ini, saya rasakan ianya tidaklah sehebat blog-blog lain. Ianya cuma blog perjalanan hidup saya seharian atau boleh dikatakan sebagai diari hidup saya dan adakalanya saya menjadikan blog saya sebagai tempat promosi barang. Saya juga amat meminati bidang muzik dan fotografi, jadi sebab tulah kalau anda tengok blog saya penuh dengan jemputan ke konsert dan gambar-gambar yang saya ambil menggunakan kemera saya.

Saya mula menjinakkan diri dalam bidang Internet, website dan blog ini sejak saya di bangku sekolah lagi. Dalam masa yang sama banyak rintangan yang saya tempuhi. Saya pernah diugut bunuh sewaktu di sekolah dulu, gara-gara suka bermain chatting (MIRC) saya tersalah pilih rakan, sehingga dia sanggup untuk membunuh saya sekiranya saya enggan ikut cakap dia.. Mak sayalah yang meleraikan masalah itu dulu sampai budak tu minta maaf kerana takut saya membuat lapuran polis. Hah!! memang tak boleh tahan, waktu tu bapa saya meninggal dunia, saya pula akan menjalani SPM pada tahun itu juga. Akibat tidak mendengar kata ibu/bapa saya telah memilih jalan yang salah akibatnya saya tidak memperolei keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Itulah internet, segalanya mungkin terjadi. Saya tidak pernah kenal erti serik,.. saya juga pernah dikenakan amaran oleh pihak RIM (Indusrti Muzik Malaysia) atas kesalahan membuat website menyediakan perkhidmatan download MP3 suatu ketika dulu. Sejak dari tu kebebasan saya menulis telah disekat. Saya juga tidak lagi membuat website-website yang menyediakan perkhidmatan MP3 lagi. Semua website-website yang saya buat seperti (www.selamba.org), (www.selamba.net) telah saya kasi kepada orang lain. Saya tak nak campur lagi urusan dalam website berkenaan. Ada juga orang persendirian ingin saman saya kerana copy/paste artikel mereka tanpa kebenaran. Nasib baik orang tu tak saman betul-betul… orang tu cakap baik2 kat saya supaya saya segera membuang artikel tu… selesai semua masalah… kadang-kadang saya pun peliklah apa guna saya menulis blog?.. perlukah saya cerita semua hal peribadi saya kepada semua? hebat sangatkah saya macam artis sampai saya perlu tulis di blog?… ermmm saya masih berfikir..

Saya sedar saya tidaklah sehebat mana, ada ketika saya rasakan saya tidak layak untuk menulis blog. Saya rasa saya telah banyak membuang masa dan waktu saya di sini. Saya inginkan komen dari anda, perlukah saya meneruskan blog ini atau tidak.. saya juga tak tahu adakah entri saya sebelum ini memenuhi kreteria anda semua. Saya juga ingin meminta maaf kepada semua sekiranya ada artikel-artikel sebelum ini yang menyinggung perasaan anda. Setiap insan ada membuat kesilapan, biarlah kesilapan itu mengajar erti perjalanan hidup saya selepas ini. Kepada rakan-rakan saya, anggaplah blog saya ini sebagai tempat untuk berhibur, jadi luangkanlah masa seketika untuk mengenali diri saya disini.

Salam,
Mohd Zaid Othman

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com

5 Comments

  1. Nama pun website,tempat ko share idea,kreativiti,minat, maklumat terkini,pengalaman & maybe terselit sikit catatan peribadi yg dtg dr hati ko sendiri(jadi suka hati ko lah nak letak apa).Sebagai pembaca blog/website kita kena faham semua2 ni.Please respect owner blog/website.Kalau kita sbgi “pembaca” rasa lain macam je artikel tertentu, tak salah kita tanya sendiri or tegur penulis blog dgn cara profesional.Mungkin penulis sekadar meletakkan hal2 tertentu secara spontan or mungkin mengikut situasi time tu or apa2 lah.Jangan mudah rasa putus asa zaid.Jadikan semua tu sbgi pemangkin untuk ko teruskn minat dlm bidang ni.”always think positive okay”. No website, no life…ahahaha

  2. zaid!!!!!!!!!1

    akak pun pernah di tegur.. di perli… dan bla bla bla… hurm… adat lah… teruskan aje blog… tapi kalau dah tahu ada orang perseorangan tak suka, jangan cite pasla dia… or jgn letak gambar dia… kita letak je pasal kita… diri sendiri dan family sendiri…

    ni baru tulis blog…

    kawan akak ada pesan… kalau nak jadi blogger hati mau kering!!! hati mau keras…

  3. ye la kak.. zaid rasa zaid dah silap konsep berblog… huhu ok lepas ni zaid nak cerita pasal diri zaid dan kawan2 zaid yang luar dari tempat kerja je…

    ada pulak yang tak puas hati pasal benda kecik pun nak diperbesarkan… huhu hati keringg?… ermmm zaid ni hati basah kak kekeke tengok hindustan pun leh meleleh kekeke…

  4. ya allah!!! hati basah!!! ko keringkan aje!

    oit.. hindustan gua tak layan oooo… tapi kalau cite kuch kuch hota hai akak layan… kuch kuch hota hai!!! he he he

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*