Destinasi Putrajaya

Kebetulan… kebetulan… kepada semua orang yang agak terkejut atau terasa atau tergamam melihat gambar-gambar dibawah ni… sebelum korang baca apa-apa artikel di blog mohdzaid.com ni, sila baca dulu artikel ni…¬† dulu,.. kalau ada rasa panas ke terasa ke.. andalah orang yang dimaksudkan… jika tidak sila abaikan pesanan diatas dan selamat melayari mohdzaid.com .. pesanan ini ditaja khas oleh Minyak Masak Cap Kepala Takuk (tidak dijual di 7-Eleven berhampiran anda)..Haaa baru syok menulis baguslah kalau anda dah baca pesanan penaja diatas tu.. bukan apa sekarang ni terlalu ramai orang yang dah ada sijil PHD, pantang nampak orang syok sikit ada je komennya… betul kata kawan aku si Bugil tu..

Ok ni aku nak cerita sikit.. semalam aku dan Alice gi temankan Shah a.k.a Bugil Marselo pergi ambik pasport dia kat Putrajaya. Kebetulan aku, Bugil dan Alice cuti hari ni jadi kami rancang pergi sama-sama. Kebetulan juga Syam kerja pagi hari ni.. jadi apa lagi memang syok sangat la kami berjalan berempat beronggeng ke Putrajaya. Best gak Putrajaya ni jalan tak sesak banyak tempat menarik dan yang penting banyak tumbuh-tumbuhan yang cantik-cantik dan menghijau di kawasan ni.. tapi yang tak bestnya pokok-pokok disini semuanya adalah pokok hiasan dan bukannya pokok yang boleh menghalang dari jerebu yang melanda negara kita akibat kesan kepanasan El Nino.. (dengar cerita bulan 8 ni lagi panas..)

Oh ye.. sambung balik cerita pasal pergi ambik pasport Shah tu.. lepas je kami ambik pasport dia kami gi makan-makan kat kafeteria, Syam tak makan lagi lepas pulang dari kerja tu yang kami singgah saperdek dulu.. hehehe aku dah kenyang dah tadi, tapi temankan Syam makan aku rembat pulak 4 ketul karipap… seketulnya aku kasi Alice.. tapi yang tak bestnya kat karipap tu ada bulu si mamak tu pulak… bulu beruban pulak tu hahahaha.. langsung patah selera si Alice nak menketedarah karipap aku tu hahaha…

Lepas je kami menketedarah jap kat kefeteria kami terus shoot ke Alamanda, lepak punya lepak kat Starbucks (bestkan kerja Berjaya dapat diskaun 20%) tergerak hati pulak nak tengok wayang… ermmm cerita apa yek yang best sekarang ni… ermm kami sepakat nak tengok cerita Night At The Museum 2, memang best cerita ni.. sambungan dari part1 dulu.. tapi siri 2 ni tak la sehebat siri 1 dulu.. aku rasa yang dulu punya lagi best.. tapi layan jugak la cerita ni… lepas ni tunggu Transformer pulak… gerenti aku tengok wayang 10 kali cerita ni… hahahaha

putrajaya_0007

Syam (kiri) yang kekenyangan selepas makan nasi goreng cina mamak… hahaha walaupun tak sedap tapi dia balun sampai licin.. maklumlah lapar katanya… Alice pulak hanya tinggal karipap bulu uban mamak tu… yang lain lesap ditelannya.. hahahaha

putrajaya_0005

Walaupun aku agak sihat… tapi bila makan selalu tak habis hahahaha.. aku tengah diet sekarang ni hahaha.. dietlah sangat… si bugil pulak licin… apa orang-orang kurus ni memang kuat makan ke?.. hahahaha jangan marah ye bugil.. aku gurau je…

putrajaya_0022putrajaya_0023

Dua gambar diatas ni melatar belakangkan Bangunan Kehakiman Putraya (kalau tak silap aku)…

putrajaya_0035

Huhu sempat bergambar kat taman luar Alamanda.. ooo walaupun aku dah banyak kali ke sini tapi ni pertama kali aku ke taman ni.. dah macam lagu siti taman teman pulak hehehe..

putrajaya_0037

Anak siapa lah ni kan.. dah la comel cantik pulak tuh… kalaulah aku yang punya kan best… tapi apakan daya dia hanyalah pembantu rumah peribadiku semata-mata hahahaha…. wei alice apasal muka macam tu?… kot ya ko marah aku kutuk ko jangan la berlakon macam model hehehehe… walauapa pun ko tetap cun dowh..

putrajaya_0055

apa pandangan pertama korang tentang mamat ni?… hensem?… macho?… atau poyo?… hahaha terpulanglah… apa yang aku tahu mamat ni memanglah teramat macho.. hahaha.. masuk bakul angkat sendiri..

putrajaya_0073

aku dah katakan.. kalau Berjaya staff dapat diskaun untuk Starbucks… jadi… ? pergilah ke Starbucks berhampiran anda sekarang dan belilah dengan harga penuh..

putrajaya_0091

Kat belakang tulah opis PM kita Najib… ops… tak nampak pun pak najib kat situ?… maybe dia dah balik keje kot… Hidup Najib… ehhh bukan Hidup BN… ehh pun bukan… arrHH Hidup diri sendiri… heheeh

putrajaya_0112

Sahabat untuk mendengar ramai.. tapi sahabat untuk menangis memang susah nak cari… andalah sahabat sejati saya.. (Syam,Alice,Shah,Rina,Kaksal,Asrul…)…

putrajaya_0094

Sebelum balik kami sempat bergambar kat Masjid Putrajaya… ermmm rasa insaf plak kejap hehehe…

apa-apa pun ni destinasi yang paling menghiburkan… tidak ada perasaan hipokrit, dengki mendengki dengan orang lain.. harap orang lain yang membaca¬† sama la ye tidak mempunyai perasaan macam tu… ermmm sebenarnya banyak lagi gambar-gambar yang diambil di Putrajaya ni… tapi nanti aku akan uploadkan dalam bentuk video lagi senang nak upload kat youtube… jadi selamat beramal.. dan renung-renungkan… majulah sukan untuk negara..

Update : sekarang boleh tengok gambar-gambar yang disnap kat slide show youtube ni ye…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Destinasi Putrajaya

  1. siap buat slide sumbat dlm youtube lagi…

  2. admin says:

    @Minister Of Mind,

    haha nak jimat bandwidth website… tu yg upload kat youtube hahaha… ..

  3. Khai says:

    Ini Fakta:

    Kenapa saudara Khai membaca entri ini sampai habis. Tetapi terhenti2 kerana melihat gambar sampai lebam..

    Answer:

    Kerana aku dah jatuh cinta pada alice…. arghhh.. alice.. comelnye member ko ni mohd zaid…. tolong sampaikan salam kat dia yer…

    Kata Khai AF1 kim salam.. ekekeke…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *