Orang Kahwin & Teluk Cempedak Pahang

teluk_cempedak_kuantan_pahang_0004

teluk_cempedak_kuantan_pahang_0007

Semalam aku dan rakan-rakan (Alice, A.Bob, Ecot, Kak Sal dan kawan Alice) gi umah orang kawin.. yang kawin nya kawan si abang bob dan alice… kami ni yang lain tumpang menyebok ye… Kami bertolak dari KL jam 11pagi dan sampai di Kuantan dalam pukul 1.30 petang… tu pun abang bob kejap bawak laju kejap bawak pelahan… masing-masing sebenarnya tengah penat.. sebab malam sebelumnya semua tido lambat hahaha.. biasa la kami orang muda ni mana nak tido awal.. asik lepak mamak sampai tengah2 malam buta.

teluk_cempedak_kuantan_pahang_0041

Kalau tengok gambar kat atas ni menunjukkan aku dan kak sal tengah buat-buat tak malu kutip duit syiling… ambik berkat la katakan… hahaha berkat la sangat kan.. dah la aku tak kenal pengantin, hadiah pun tak kasi.. seluk berisi pun tak bagi hahaha berapa punya teruk la kami ni ye… tak apa la janji dapat makan free tengah hari semalam. Kesian kat budak-budak kat belakang tu tak dapat kutip duit.. mana taknya kami je dah bolot semua duit syiling hahahah…

teluk_cempedak_kuantan_pahang_0113

Kali terakhir aku ke Teluk Cempedak masa umur aku 15 tahun kalau tak silap la.. masa tu sama keluarga aku berjalan-jalan satu Malaysia. Semalam lepas aku balik dari kenduri kawin kawan aku kat Panching, kuantan, sempat la singgah kat Teluk Cempedak untuk mandi manda. Dah memang syarat kami kalau berjalan jauh kalau tak singgah berkelah atau makan angin memang tak sah, walaupun hakikatnya masing-masing dah pokai hahahaha…

Banyak perubahan aku rasa kat Teluk Cempedak ni.. maklumlah dah 10tahun tak kesini. Sekarang aku lihat pantainya amat bersih sekali, air pun nampak jernih… memang padan la kalau time cuti sekolah orang memang ramai berkunjung kat sini. Tandas pulak komen aku 50-50, nampak bersih dan ada juga kotornya… tapi tak kesah la sebab pintu bilik air banyak jadi tak perlulah berebut-rebut.

teluk_cempedak_kuantan_pahang_0107

Aku betul-betul hangin dengan budak ni (anak sapa la ni)… abis beg kami gi pijaknya… dah la kami tinggalkan beg kat darat… sambil mandi laut tu kami jenguk-jenguk gak beg kami… tapi budak ni dengan tak bersalah sepak beg kak sal.. mau tak hangin kawan aku tu… nasibaik tak ditempelengnya budak tu…

Banyak yang boleh dilawati, banyak lagi yang perlu diterokai…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Orang Kahwin & Teluk Cempedak Pahang

  1. alicia says:

    nasib baik sy takde..kalau ade, sy kejar budak tu smpi dapat…cubit kuat2 sampai berdarah2..(eh,,teruknya aku ni)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *