Percutian Keluarga Di Bukit Merah Lake Town

Bukit_Merah_0538

Rasanya dah lama aku tak bercuti bersama keluarga aku. Selalu pun kalau pergi bercuti mesti dengan kawan-kawan. Jadi aku ambil peluang kali ni untuk bercuti di Bukit Merah Lake Town bersama mak dan adik kesayangan aku Uzair. Kami ni tak la kaya untuk berjalan luar negara sebab bagi kami kat Malaysia ni banyak lagi yang perlu diterokai (dah macam iklan Zoom Malaysia la pulak) ehehe… buat-buat macam suka bercuti kat Malaysia konon aku ni, walhal bulan ni gak kau nak bercuti di Singapore bersama member kerja aku ahahaha…

Dekat Bukit Merah Lake Town aku dah booking awal-awal tempat penginapan kami, kami tinggal di Suria Apartment, bilik jenis Studio, kecik je tapi untuk kami bertiga dah kira besar la.. semalam RM170.. disebabkan aku ada member cards VA Holidays jadi aku dapat separuh harga jadi semalam aku bayar RM85 je. Ok la tu semalam pun dah cukup ada free breakfast untuk dua orang. Boleh tahan gak la Suria Apartment ni kat dalam tu macam-macam ada, sempat gak la aku, adik dan mak bersauna huhu private lagi sauna dia.. RM10 seorang untuk sejam, huh murah giler!.. kat Suria Apartment tu juga ada menyediakan Karaoke room, Indoor Game, Swimming Poll, Wifi (kat lobby) dan macam-macam jenis aktiviti permainan lagi. Sesuai sangat la bagi yang bercuti bersama keluarga mahupun berkumpulan.

Bukit_Merah_0418

Bukit_Merah_0006

Inilah Apartment Suria yang dimaksudkan..  aku tinggal kat tingkat 6 bilik jenis Studio memang sesuai la kalau pergi berdua atau bertiga, huhu sungguh besar kolam renang dia kalau korang nak tau.. nak tawaf satu kali pun dah tak larat… huhu memang berbaloi tinggal sini semua ada..

Aku cadangkan bagi sesiapa yang berminat ke Bukit Merah Lake Town ni bolehlah ambil pakej Water Combo, harga dia tak la mahal pun RM47 termasuk mandi-manda kat water park, Eco park, Orang Utan, SkyChair dan tiket tu boleh pakai dalam masa 3hari, jadi tak perlulah korang tergopoh-gapah nak jalan semua tu dalam satu hari.

Kami sekeluarga pilih hari pertama untuk melawat Eco Park, melawat Oran Utan dan naik Skychair. Pakej ni termasuk naik bot ke Pulau Orang Utan.. perjalanan naik bot ni tak lama dalam 15 minit tak silap aku. Sampai je kat Pulau Orang Utan ni ada staff kat situ akan membuat penerangan dan bawak jalan-jalan sekitar pulau sambil tengok aksi Orang Utan. Kat pulau ni juga diorang ada buat uji kaji dan siap ada doktor untuk menjaga Orang Utan ni. Lepas tengok Orang Utan ni, kita akan naik bot balik ke jetty, tapi kita boleh pilih untuk pergi ke Eco Park terus. haaa kalau koran nak tahu kat Eco Park ni pulak ada banyak spesis haiwan, antaranya rusa, arnab, ikan, ular, buaya, burung dan macam-macam lagi la.. ada pertunjukkan haiwan gak tau… tu yang best… lepas dah abis kat Eco Park ni kami terus naik Skychair untuk turun kebawah, gayat gak la naik kerusi ni..

Bukit_Merah_0022

Bukit_Merah_0310

Masa kat Eco park tu kami sempat tengok animal show, waaa haiwan-haiwan dia memang terlatih.. walaupun show dia tak sehebat mana tapi aku dan keluarga aku tetap terhibur. Aku sempat rakam aksi lincah burung dan staff Eco Park ni.. jom la tengok ye..

gambar-gambar lain silalah klik link dibawah ye dan kalau nak tau cerita lebih lanjut nanti masuk blog mak aku – http://www.zaraaluwi.com/ sebab aku tak sempat nak tulis panjang-panjang hehehe.. mak aku ni rajin sikit menulis huhu..

[slideshow id=5]

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

13 Responses to Percutian Keluarga Di Bukit Merah Lake Town

  1. alicia says:

    eh zaid,video tu mmg dengar suara je eh? show black screen lah.tp cam best dengar..hahaha

  2. tyka says:

    waa best nye dpt bercuti

  3. admin says:

    ada gambar sepatutnya alice… ok jap lagi aku upload yang lain.. sebab aku tak convertkan format video tu dari mp4 ke flv…

  4. admin says:

    salam tyka… yup memang best kalau bercuti bersama keluarga ni…

  5. alicia says:

    @admin, dah dapat tengok dah video tu. eeee kiut…cool..ahaha

  6. murni sani says:

    nice blog..
    boleh tak bg cadangan tempat2 lain untuk bercuti..
    hehe..
    laketown ni dah pegi taun lepas..
    best jugak..
    one more..
    awk pandai main gitar ea..
    nice
    =)

  7. admin says:

    insyaalah murni… skrg ni bz kerja.. tak sempat nak vacation.. nanti kalau ada tempat2 menarik zaid akan letak dalam blog ni ye…

  8. Mirah says:

    Thanks sbb jadi members Sri Vacations. Seronok dengar members kite yg pergi melancong enjoy dgn holidays diorg. anyways klau nak pergi bercuti lagi kol la kiteorg kat cni yer… 🙂

  9. admin says:

    sama-sama mirah… nanti zaid pergi lagi under VAholidays… memang best..

  10. AMS says:

    Musafir HomeTown Jasin Melaka Promotion Price RM70/night.Blog http://jasinhomestay.blogspot.com @ 0123736548

  11. yusof says:

    bagaimana nak jadi member of va holidays

  12. aryten says:

    ada video ker?… kat mana?

  13. Mohd Zaid says:

    aryten > video dah kena remove by youtube.. sorry..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *