Sports Atau Astro Mustika?

mustika

Bengang tul aku dengan adik aku Uzair ni, balik rumah je sebok nak tengok bola.. hahaha padan muka hang aku dah potong channel Sports kat Astro… channel katun pun aku dah potong… bukannya kau tengok pun.. lagi la aku ni yang tak minat langsung tengok sukan.. hahahaha… dah la tak minat kaki bangku pulak tuh…

Hari tu aku call Astro nak potong dua channel ni, ingatkan lepas potong dapat la bayar murah sikit tiap-tiap bulan, sebelum ni bil Astro aku RM98.99 termasuk HBO dan Max.. huhu kene langgan movie pakej dow.. best gak movie-movie kat Astro ni… lepas potong channel Sports dan Cartoon tu aku ambik channel Mustika 103, ada tiga channel, Astro Warna, Astro Citra dan B4u. Campur tolak bil bulan akan datang jimat seringgit je kakakaka… tak luak mana pun…

Siut Astro ni.. lain kali kasi la channel tu murah-murah sikit.. aku nak try dulu Astro Mustika ni kalau best aku teruskan la.. kalau tak best ermmm alamatnya bulan depan aku potong je.. dah la nak downgrade channel pun kene bayar RM10.. cekik darah betul.. lepas ni aku ingat nak unsubscribe channel MTV dan Learning pulak.. bosan la.. dalam rumah ni pun bukannya ramai nak tengok Astro.. memasing dah ada komputer/laptop.. semua 24jam depan pc memasing.. nak dengar lagu atau tengok video Youtube kan ada…

Hari ni kat ESPN ada live UEFA Champions League 2009 naik meroyan adik aku terkinja-kinja nak tengok… puas la aku cari kat Google live streaming channel ESPN.. nasib baik ada satu blog http://seyircim.blogspot.com/ tu ada menyediakan online streaming.. kalau tak mau adik aku paksa aku call Astro pepagi buta ni hahaha… woit adik kesayanganku nanti kalau nak tengok channel-channel yang best tunggu kau kerja yek… dah ada duit sendiri gaji sendiri lantak kau la nak subscribe berapa channel sekali pun… kekekek jangan marah nanti kene jual .. huhu

Aku nak promot sikit pasal channel Mustika ni, sesiapa yang nak subscribe boleh la Taip MUSTIKA<ruang>No. Akaun Astro dan SMS ke 32888* ataupun Hubungi 1-300-82-7777 dan habiskan lah duit anda dengan melanggan channel ni ye…

mustika2

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Sports Atau Astro Mustika?

  1. asteruk says:

    camne ye nak downgrade pakej astro?
    kne pegi kaunter ke call je?

  2. admin says:

    call je customer service.. kat situ boleh terus upgrade/downgrade channel… tapi kalau downgrade kene charge RM10…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *