Ingatkan Hantu Rupanya..

yorkshireterrier

Seriau aku dibuatnya malam semalam,… aku ni jenis kalau esoknya tak kerja atau kerja petang, malam tu mesti aku online internet sampai pukul 5-6pagi… macam biasa lah kalau dah online tu aku ni tak ingat dunia… update blog lah update website client lah… cek email, YM ngan Alice sengal, dan dot..dot..dot… (ni semua memang rutin aku bila online)….

Sejak 7 tahun aku tinggal kat Jalan Balam Cheras Bt9 ni, tak pernah lagi benda-benda ghaib dan makhluk halus yang pernah aku nampak atau dengar… kecuali malam tadi… ada satu sound yang agak menakutkan aku… tengah-tengah syok layan cerita Phua Chu Kang Sdn. Bhd kat Youtube tetiba ada bunyi yang sukar aku katakan disini… bunyinya ala-ala cam ni… (Bbbbbooooooooooooooooooooo)…. ada la tiga empat kali bunyi tu…. betul-betul kat sebelah tingkap bilik… memang dekat sangat bunyinya.. meremang la segala bulu yang aku ada ni… hahahaha aku ni jenis cepat panic… aku apa lagi kejutkan la mak aku yang tah berani tah tidak tu kekeke.. (siut je aku ni)… time aku kejutkan mak aku tak nak pulak benda tu bunyi lagi… dia senyap pulak..

Aku terus tutup laptop… cari bantal.. tidur ngan mak aku hahaha.. abis peluh jantan keluar.. mana tak nya dah aku berselubung ketakutan dengan selimut…. dalam 10 minit lepas tu akak aku pulak takut.. dia pun sama tidur ngan mak aku hahahahaha… (semuanya penakut sebenarnya..)…

Aku lepas tu tidur tak ingat la… pagi tu bila bangun tidur aku tanya mak aku bunyi apa tu… ala rupa-rupanya bunyi anjing jantan menyalak kesunyian hahahaha gatal betul la anjing ni.. bikin orang cuak je … ingatkan ada pontianak ke nak ngorat aku memalam…hari ni pun dia menyalak lagi… kot ya pun nak menyalak buat la sound asli.. ni macam keset rosak je… sound dia agak menakutkan dan lain sikit dari salakkan anjing biasa… sekarang ni anjing tu dah jadikan rumah aku tempat penginapan dia malam-malam buta… amboi tak siapa yang invite dia datang sini.. apa ingat aku nak kasi kau makan ke..?.. jangan kau makan anak-anak kucing aku dah la ye anjing….

Aku rasalahkan… anjing ni mesti tengah frust ngan awek dia atau awek dia dah mati tu yang dia meroyan tak tentu pasal … nak kata macam nangis pun ada bunyi dia…, apa-apa pun aku doakan supaya anjing tu dapat cari jodoh cepat dan tak buat pasal kat rumah aku lagi lepas ni…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com