Facebook & Rakan!

Sebelum ni aku macam tak berapa suka sangat applikasi Facebook. Macam orang tua je yang daftar pun makcik pakcik je… kekeke dulu aku main myspace dan Friendster… tapi lama kelamaan macam bosan je sebab semua budak-budak sekolah yang register. Sekarang aku dah ada Facebook, rasanya Friendster dan Myspace aku bakal aku delete tak lama lagi (opss Friendster aku dah delete). Sekarang ni kat Facebook dah ada macam-macam aplikasi untuk di guna pakai.. tapi aku tak berapa reti la.. a.k.a malas nak guna aplikasi tu.. hehehe..

facebook

Sejak aku mendaftar Facebook ni makin ramai pulak kawan aku, bertambah dengan kawan-kawan pejabat ada yang kat pejabat tak pernah tegur sapa tapi kat dalam Facebook berborak sakan hehehe.. aku dah hasut beberapa kawan pejabat aku untuk register. Bagus juga Facebook ni selain dapat kawan baru dapat juga aku cari kawan lama sesusai dengan tema dia membantu anda menghubung dan berkongsi dengan orang dalam kehidupan anda. Macam aku ni yang tak banyak sangat kawan memang sesuai la facebook ni aku sekarang dah jumpa balik kawan-kawan sekolah lama aku dari sekolah menengah (Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Bukit Kajang)  sampai la masa kat kolej PTPL dulu…

Jadi sesiapa yang belum ada Facebook jom la register dan alami sendiri kelainannya dan yang dah register tu add aku ye..http://ms-my.facebook.com/people/Mohd-Zaid-Othman/1385015109

Perempuan kat video ni dah terangkan apa yang ada kat Facebook jadi tak perlulah aku nak terangkan lagi.. hehehe apa-apa pun aku memang layan la Facebook dan macam sesuai dengan umur macam aku ni… tengah-tengah muda dan tua hahahaha…. biarlah Friendster dan Myspace untuk budak-budak sekolah rendah dan sekolah menengah…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Facebook & Rakan!

  1. ety says:

    i think you are funny because all your words…hahaha so funny,actually frienster and myspace,honestly i don't like it..but i love faccebook!!really luv it.

  2. atthuur says:

    binguuuunk…………………………………..

  3. alfred inuhan says:

    pance pondag ga pernah tangisi sebuah perpisahn, namun pertemuanlah yg ia sesalkan.bagaimana dgn anda ?

  4. amiratul says:

    borringnye asik2 balik kampung bukanye ada kawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *