Kasut Koyak

Semalam hari yang paling malang untuk kasut kesayangan aku. Sedar tak sedar tenat dah dia.. terpaksa la beli yang baru… hahaha tapak kasut dah berlubang, jahitan pula dah tertanggal dan ada sikit koyak… Huhu aku ni memang ganas sikit pakai kasut.. main taram je jalan… padahal kasut ni aku pakai untuk pergi office je.. tapi tak tahan lama.. harga boleh tahan mahal gak.. RM200 baru je setahun lebih pakai.. huhu..Tapi nak buat macam mana.. tengok la gak saiz badan aku untuk kasut tu nak tampung… mau menjerit-jerit kasut tu kalau boleh bercakap…

14052009

Kasut lama aku yang koyak rabak tu… huhu masa aku ambil gambar ni si Alice pun nak enterprame kaki dia yang busuk hapak tu… hahahaha…

Kasut ni benang dia dah lama dah tertanggal, masa tu aku turun tangga pastu terseliuh pulak kat tangga tu akhirnya terpeleot kat situ sampai terkoyak benang kat kasut tu… masa tu tak la kritikal sangat sebab koyak sikit je… tapi dah hari-hari pakai pergi kerja dan tak jaga, sampai hari ni ia mengembuskan nafas yang terakhir.. orang cakap yang dah pergi tu tetap pergi… yang tinggal harus cari pengganti… huhu pepandai je aku ni hehehe..

Dengan pantasnya walaupun tak berduit sekarang ni, aku ajak member aku Rina teman pergi beli kasut kat Sg.Wang Plaza. Aku ni jenis tak memilih kasut jenis macam mana, brand apa pun aku ok… janji aku pakai selesa dan tak berbau. Singgah kat satu kedai ni belek punya belek… tengok harga RM189.90 huhu boleh tahan mahal gak… kasut lelaki semuanya mahal-mahal… kalau kasut perempuan tu kat Vincci RM10 pun ada…hehhehe tak adil langsung..Huh!! kredit kad lagi… berapa banyak la hutang aku ni yek… asik bertambah je.. tak pernah susut…  tapi nak buat macam mana.. dah benda nak jadi.. nak tak nak kena beli gak kasut baru ni… lain la kalau office ni bapak aku yang punya.. aku pakai kaki ayam je hehehe..

15052009_001

Kasut baru aku jenama Scorpion … huhu berani datang la dekat.. aku sengat nanti.. kekekeek…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

14 Responses to Kasut Koyak

  1. Anarm says:

    waahh.. kasut rupa perahu.. hahahha..
    ade tips x camne nak pilih kasut yg tak berbau?
    aku dah malas pkai kasut sbb kasut yg aku beli
    bile bukak je, memang aku sndiri pn x tahan..
    bau die.. fuuhhh.. sampai ke kerongkong bleh terasa..
    wahahah

  2. admin says:

    nak kata tips tu zaid tak ada… tapi zaid kalau nak pilih kasut biar yg kulit betul bukan campuran pvc… dan beli yg hrga rm 100 keatas…

  3. dakosue says:

    wei kasut selalu tak berbau kaki je yg berbau haha jgn marah pad ayg terasa just joke

  4. alicia says:

    sy rasa kaki ko lah yg berbau zaid. patutlah kat helpdesk tu selalu ada bau something wrong somehow. eeee.. tp ari tu sy pernah beli 1 handbag kat timesquare. Busuk nak mampos smpi sy rasa loya n pening kepla. busuk cam bangkai sotong dowh. sekali je sy pakai g helpdek, terus sy return bag tu balik ke kedai. Bilik sy pun nak 2 hari juga lah hilang bau busuk beg tu. itupun sembur pofume byk2, siap letak sabun fruitale n lux dlm bilik dowh..BAG TU HARAP JE CANTIK. SEKALI BUKA BUSUK DOWH..

  5. admin says:

    @alicia,

    hahaha tu la beg ko yg busuk sebenarnya.. padan la ari tu kat helpdesk bau sotong kakakaka… abis tu orang kedai tu nak refund balik ke?… ish.. kulit babi ke beg tu alice?… ko ni lain kali beli je beg mahal2..

  6. sara says:

    kaki awek u tu pun berbau ye… hehehe..

  7. alicia says:

    @admin, Nasib baik dia kasi tukar. Beg hitam yg sy letak strawbery tu lah ganti.sy dah tak tengok design dah lepas tu.janji takde bau.sy beg mahal ke murah ke sy tak kisah. yg penting cantik…ehehe

  8. alicia says:

    @sara, kaki awek tu wangi lah…

  9. admin says:

    lol … kaki kami tidak berbau yek… cuma cerita pasal kasut berbau je.. huhu..

  10. admin says:

    hehehe.. relex alice.. hehehe aku tau kaki ko wangi..

  11. alicia says:

    actually kaki zaid yg busuk…hihi

  12. admin says:

    ceh siut je… kaki aku wangi weh… tak caya nanti aku kasi bau hehehe

  13. yahaya says:

    hai zaid.aku lak teringin gak nak pakai kasut .tapi maklumlah size kaki ak ni hanya muat size 11.kat kl ni nak cari susah woo…last last pakai sandal aje..tapi masalah juga nak pi majlis yg formal .agak agak ada tak kedai kasut yg size 11 murah dan cantik kat sg wang tu ye zaid?

  14. admin says:

    alamak.. zaid tak tau lah yahaya… kalau zaid terjumpa zaid inform kamu ye…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *