Lagu dan Kehidupanku

Terus terang aku cakap aku memang tak minat lagu-lagu penyanyi Malaysia.!! huh jangan marah ye Mawi, Siti.. aku tak beli keset korang pun korang dah kaya kan.. hahaha (konpem peminat siti ngan mawi marah aku balik), tak tau la kenapa telinga aku ni tak berapa ngam dengan lagu-lagu artis Malaysia ni. Sampai hari ni tak ada sorang pun penyanyi Malaysia yang aku gila dan fanatik sampai tak ingat dunia.

Mungkin range lagu Malaysia tak mendayu-dayu macam lagu Indon kot.. kalau penyanyi indon aku memang minat macam Sheila On 7 ((kipas tak mati)), Peterpan, Dewa. Mungkin lagu diorang kot yang agak relex dan free easy gitu. Sedap je bila dengar… lain macam penyanyi Malaysia nak tiru Hiphop la Rock la.. tapi tak kena tempat… so jangan la marah telinga aku yang mendengar ni ye.

Kalau masa sekolah dulu boy band Westlife, Back Street Boys, N’Sync, Britney Spears, menjadi pujaan hatiku. Cakap je lagu mereka semua aku hafal, sanggup beli CD yang original tuh, pulak masa tu CD Original semuanya dalam RM60-70 ringgit. Sanggup simpan duit belanja sekolah beli hehehehe. Konsert Westlife kat Malaysia jangan cakap la, semua aku pergi, beli tiket 3-4 ratus sanggup tu… mak aku la jadi mangsa kalau aku tak cukup duit… hehehehe

Teringat pulak zaman cerita Meteore Garden keluar tv dulu, aku beralih ke lagu cina pulak. F4, SHE, Jay Chou menjadi pujaan hatiku… dah la cakap cina, sepatah haram pun aku tak paham. Tapi tetap layan gak sampai naik hafal semua lirik lagu-lagu cina tu.

Kenapa ya lagu-lagu kita tak best?.. cuma berapa kerat je la yang boleh aku terima yang lain semuanya hampeh. Ataupun aku sendiri yang tak faham menilai lagu kita. Apa-apa pun tepuk dada tanya selera.. masing-masing yang punya. Kita layan 2 lagu kegemaran aku ni Jay Chou – Qing Tian dan F4 – Jue Bu Neng Shi Qu Ni , jangan marah ye.. ni sekadar pendapat aku dan pandangan aku tentang lagu dan kehidupan aku … orang lain aku tak tahu la…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.