Jin Online – Era Paladin

snapshot_20090508_1

snapshot_20090508_2

Yahoo!! hari dah dapat CD game percuma yang aku request 4hari lepas,… best gak game ni boleh main secara online dan offline.. mentang-mentang la aku tak berapa minat game online, tapi bila main game ni aku sampai tak ingat dunia pulak… Apa yang aku nak katakan kat sini aku bangga dengan anak Malaysia yang mencipta game ni, siap promot bendera Malaysia lagi dalam game ni… Tahniah dan teruskan usaha anda dan teruskan membuat game online secara percuma.

- Jin adalah tunggak utama anda di dalam Jin Online. Kekuatan serangan dan pertahanan anda bergantung kepada kekuatan jin-jin peliharaan anda. Jin istimewa boleh bergabung dengan karakter dan menonjolkan bakat istimewa.

- Lebih daripada 50 jenis jin-jin boleh dimainkan di dalam Jin Online. Seperti haiwan peliharaan, ketaatan dan kekuatan jin-jin bergantung kepada kesungguhan anda. Gabungkan jin-jin untuk melahirkan pahlawan terhebat di dalam permainan.

- Jin Online merupakan permainan online yang mudah dimain dengan ciri-ciri yang menyenangkan pemain baru levelling karakter dengan cepat dan berkesan.

- Cahaya Suci (God Blessing) adalah barang maya yang membenarkan pemain menggunakan sistem canggih “Offline Training”. Sistem “Offline Training” membantu levelling karakter dan jin-jin walaupun anda sudah tidur.

- Kemahiran XP adalah kemahiran istimewa yang dapat membunuh raksasa kuat dengan satu serangan. Setiap kemahiran XP menampilkan efek istimewa.

Kepada sesiapa yang nak try boleh download atau apply CD percuma kat website ni yek..!

http://www.jin.com.my/download.php

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com