Trip Ke Port Dickson 05 May 2009

dsc_0487

Selasa 05-05-09

Jam 12 tgh – Kat rumah lagi.. Baru bangun tidur terkial-kial packing barang-barang untuk picnic kat PD. Masa ni la handphone aku berdering-dering semua tanya aku bila nak gerak ke KL.

Jam 01 ptg – Makan kat rumah dulu isi perut kang lapar plak dalam perjalanan nanti, huh macam jauh je…

Jam 02.30 ptg – Gerak rumah abang bob dan yusri, jemput diorang ni yang bangun lambat gak…

Jam 3.40 ptg – Tunggu kawan-kawan yang kerja pagi tu balik kerja dulu then diorang gerak kat rumah abang bob naik kereta zaimi,..

Jam 4.20 ptg – Budak-budak keje pagi tu dah sampai umah abang bob, huh lepak lagi makan goreng pisang kat rumah abang bob… sementara tunggu alice yang lambat sebab dia hantar adik dia balik Sabah kat KL Central

Jam 5.00 ptg – Gerak ambik alice kat rumah, huh menghadap jalan sesak lagi..

Jam 5.40 ptg – Baru masuk lebuhraya Sg.Besi nasib baik jalan tak sesak lagi waktu ni… kalau tak terkandas la jawapannya..

Jam 6.30 ptg – Sampai Toll Seremban… dan pecut ke PD..

Jam 7.15 ptg – Sampai kat Marina resort… so konfius jap nak ikut jalan mana ni, sebab kereta aku dan kereta abang bob dah berpecah… aku pulak tak pernah pergi Corus so meraban jap la mencari,… dekat 5 kali aku ulang alik sepanjang jalan PD tu… ni semua gara-gara salah dapat info…

Jam 7.40 ptg – Dah geram sebab tak jumpa-jumpa Corus tu, so ambik keputusan suh  abang bob tunggu kat Teluk Kemang je…

Jam 8.00 mlm – Huh lega akhirnya sampai gak kat Corus ni… kami pilih rumah apartment 2 tingkat ada 3 bilik harga dia RM200 semalam,… ermmm agak murah tapi…

Jam 8.10 mlm – Angkat  barang-barang keluar dari kereta,… sambil muka memasing ada yang happy ada yang sakit perut ada yang marah.,.. hehehe sampai je bilik …

Jam 8.20 mlm – Fuaaaaahhhh tak la lawa sangat… rasa macam sempit je… ni yang aku banyak complain ni… aircon tak sejuk… dapur kotor… hot plate tak functioning… peti ais kosong (baru nak pasang masa kami masuk), tv tak ada astro (tapi kuali ada), kipas bunyi bising ArRRrhhhHh  ada gak perasaan geram kat hati ni… tapi nak buat macam mana, ni pendapat sebulat suara yang pilih Corus ni.. jadi aku akur dan terpaksa ikut je la..

Jam 9.00 mlm – kami mandi dan bersihkan diri dulu sebelum aktiviti BBQ malam kang…

Jam 10 mlm – 12 mlm – BBQ kat tepi pantai dan betul-betul berhadapan Corus, tengah-tengah syok membakar tu tetiba ada guard datang tegur kami, katanya kami tak boleh buat bakar2 BBQ kat sini… katanya nanti cemar image Corus… what the F*CK,… kami bayar tau… ingat pree-pree je datang sini?… tapi aku cuba kawal perasaan marah aku dan ikut je la pak cik guard tu supaya berpindah kat ujung-ujung sikit… geram memang geram tapi diubati dengan rasa happy dan makanan yang sedap-sedap…

Klik Disini Untuk tengok Gambar hari pertama, Episod ke dua… akan datang aku update ye..


[slideshow id=1]

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *