Di’TAG Oleh Kojek

hahaha kojek nasib baik aku tak kerja hari ni.. kalau tak jangan harap aku nak jawab tag kau ni hihi… lagi pun aku tak busy hari ni… ok ni aku jawab soalan-soalan ko tu…

Di sini, ada 10 soalan dan kamu kena jawab semuanya (10 jak, x byk pun..). XD

1. Bilakah kali terakhir kamu pergi mandi?

- 5 minit tadi… aku baru je mandi siap shampoo, gosok gigi dll…

2. Esok kamu mati, apa yang kamu fikir?

- erkkkk walluhaklam… kalaulah aku tahu esok aku mati, 100 hari yang lepas aku dah tak kerja, sebab aku nak 24jam beribadah… tapi kitakan manusia… kalau esok hari mati kita… anggaplah ia suatu takdir…

3. Siapakah 4 orang yang kamu paling sayang?

-Mak / Adik beradik aku / Sedara belah Abah / Kawan-kawan…

5. Mengapakah kamu sayang 4 orang itu?

- Mak aku lah yang mengandungkan aku 9 bulan 10 hari tu, kesana sini bawak aku melahirkan aku dan membesarkan aku sampai badan aku terlebih sudah… mak aku lah yang jadi tempat aku cerita kisah-kisah hidupku.. mak aku lah yang kasi aku makan minum dari kecik sampai la sekarang… dan macam-macam lagi la…

- Adik beradik aku susah dan senang kami bersama… tapi kekadang selalu gak pikir diri sendiri… kalau tak sayang adik beradik sapa lagi aku nak sayang kan..

- Keluarga belah aruah abah aku, kenapa?… sebab diorang lah banyak tolong aku susah senang, time kami tak cukup makan dulu, time kami susah merempat tempat tinggal tak ada,… time hari raya dapat ampow, best tu diorang ni….. belah mak aku hampeh… susah senang sorang-sorang… jangan marah la ye kalau sedara mara belah mak aku terbaca blog aku ni… sebab ini realiti… aku tak pernah menyusahkan korang dan korang tak usah la nak menyusahkan hidup aku dunia akhirat…
6. Pernah melukakan hati orang lain? Dengan cara apa?

- Pernah, aku memang suka buat lawak sengal,.. dan kadang-kadang serius tak tentu pasal… pasti ada orang yang pernah tersinggung dengan aku,.. so aku mintak maaflah kalau aku buat korang terluka, sebab terus terang aku jujur kata kat sini aku tak pandai nak jaga hati orang….. tapi tak pernah la pulak aku melukakan orang dengan cara membunuh ke sampai luka parah hehehe…

7. Kamu berada di bandar, dan tidak mempunyai duit, apa kamu nak buat?

Aku pergi office aku,… sebab office aku kat bandar Kuala Lumpur dan mintak la pinjam duit kat kawan aku jap….ataupun aku akan pergi balai polis terdekat untuk pinjam telefon untuk call mak aku… aku ni fobia kalau sesat…

8. Apa 5 benda yang akan kamu bawa setiap kali keluar rumah?

Dompet

Duit RM50

Handphone

Sikat

Jeket (supaya tak nampak gemuk sangat)

9. Andaikata kamu menjadi jutawan, apa 5 perkara yang kamu buat?

Kalau aku jadi jutawan, perkara pertama aku nak lunaskan hutang-hutang kereta, kredit kad aku…. kedua aku kasi mak aku duit 200k, aku enjoy sakan, melancong, belanja kawan-kawan makan…. dan yang last sekali derma kat anak yatim dan fakir miskin… baik kan aku …

10. 5 perkara mengenai orang yang tag kamu ini?

Founder warez paling muda yang aku pernah kenal

Perompak cyber terbesar di Malaya, kakakaka…

Budak sekolah dari Sabahan….

Gila dan sengal…

Poyo… ahahaha lawak je jack jangan marah…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , . Bookmark the permalink.