Ciri-Ciri Wanita Idaman Mohd Zaid Othman

ciriwanita

Alamak perlu ke aku buat entry pasal ciri-ciri wanita idaman aku ni?… sepatutnya tak perlu. Tapi baru-baru ni kawan aku bertanyakan ciri-ciri wanita yang aku suka dengan kata lain yang boleh dijadikan isteri. Hahaha lawak la entry ni.. yang penting aku akan fikirkan pasal kawin pada umur 30an nanti… sekarang just cari calon je (ada ke orang nak kat aku ni)… buat apa nak kawin awal-awal, tak puas enjoy dowh, nak bersosial pun tak boleh… nanti tak pasal-pasal kata aku dayus kan.. kan.. kan… haaaa baik cari duit banyak-banyak, cari aset beli rumah, kereta, mantapkan diri dari segi zahir dan batin, sedar diri.. haaa baru la leh kawin… bak kata adik upin&ipin.. betul3x…

Ciri pertama yang perlu ada pada wanita idaman aku adalah dia seorang happy go lucky… aku ni suka buat lawak sengal.. kalau dia tak jenis penyabar mesti dia akan bengang dengan lawak aku ni yang kekadang kearah lawak lucah… lawak aku selalunya akan mengakibatkan orang sakit hati dan rasa nak lempang2 je kat aku hahahaha… boleh tahan ke?

Ciri kedua, haaa yang ni paling penting,… dia mestilah pandai masak… almaklumlah aku ni kuat makan, masak mesti lauk yang sedap-sedap… jangan asik sambal belacan je hari-hari.. aku ni tak la cerewet sangat… tapi yang penting lauk tu mesti la pedas dan sedap… sup-sup aku tak suka.. aku suka makan kering tak suka berkuah.. huh boleh tahan ke?

Ciri ketiga.. mesti pandai jaga hati mak aku… kalau mak aku suruh picit kaki dia ke, suruh pergi beli sayur ke… suruh hantar dia pergi shopping ke mesti ikut… jangan nak merungut2 (aku ni pemalas sebab tu aku suh si dia yang buat)…  mak apa lagi kasi ragging sama dia… hahahaha boleh tahan ke?

Ciri keempat.. mestilah pakai tudung kalau kat luar.. actually aku lagi suka wanita tak bertudung… tapi kalau dah jadi isteri haruslah bertaubat yek… udah-udah la bersoSial tu… boleh tahan ke?

Ciri kelima… muka mesti iras-iras Anggun (penyanyi Indonesia tu) atau Aida Aris… huh rambut panjang… kurus,.. tinggi… wajah asian… kalau orang putih pun aku ok je.. janji rambut panjang… sexy… huhu… boleh tahan ke?

Ciri keenam … minat atau hobi si dia mesti tak sama dengan minat atau hobi aku… huhu aku suka main internet, lepak ngan kengkawan.., bersosial… tak suka bertukang… tak suka memancing…. jadi perempuan tu mestilah terbalik dari minat dan hobi aku tu… huh boleh tahan ke kalau nak suruh perempuan tu bertukang?…

Ciri ketujuh… gaji aku gaji aku… gaji kau gaji kau… tapi hidup susah dan senang haruslah sama-sama… kalau aku tak cukup duit ko bantu aku.. kalau ko tak cukup duit aku tolong kau…

Ciri kelapan… aku kalau boleh tak nak anak ramai-ramai… jadi perancangan keluarga adalah amat penting dalam kehidupan sebagai isteri aku… cukuplah anak sorang dua… sebab aku tak nak anak-anak aku nanti dibahagikan kasih sayang… kalau boleh fair n square…  adil dan saksama… kalau sorang dapat mainan.. sorang lagi mesti dapat… sorang belajar sampai UK sorang mesti belajar kat Austrailia..adil kan…

Ciri kesembilan… mesti pandai cakap english atau lebih dari satu bahasa…. apasal?… sebab aku ni tak reti sangat speaking.. jadi kalau orang tipu aku ko kan ada hahahaha… selain dari tu anak-anak mestilah ko ajar bahasa yang ko tahu tu.. tak kesah la bahasa tamil ke bahasa arab ke…

Ciri kesepuluh… hantaran jangan letak mahal-mahal sangat… aku tak mampu dowh… kalau nak aku terimahlah seadanya (aku ni gemuk tau)… jangan nak demanding..

huhuhuuhu cukup la sepuluh ciri.. kalau ada ciri lain nanti aku tambah… hahahaha jadi aku rasa tak ada pun sorang yang layak untuk aku ni… aku pun tak kesah.. kalau ada jodoh ada la … kalau tak ada jodoh aku redha kepada Allah.

Jadi sesiapa yang rasa boleh tahan tu silalah hantar pencalonan anda… hehehe, sambil korang terkebil-kebil memikirkan kebenaran ciri-ciri ni baik korang layan video ni nyanyian Anggun dengan tajuknya Crazy … Yahooooo…!!

Versi English Klik link dibawah…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *