Mandi Kolam Air Panas @ Sungai Serai Hulu Langat

Hari ni terpaksa jemput mak aku awal di Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC  sebab kawan-kawan ajak mandi air panas. Waaa baik punya idea ni, boleh la ubatkan urat-urat aku yang sengal-sengal ni kembali normal. Dari rumah aku ke kolam air panas ni tak sampai pun 5minit perjalanan kalau naik kereta. Tapi aku sejak 7 tahun tinggal kat Hulu Langat ni baru 2 kali je pergi kolam air panas ni hahahaha,…. kalau tak, sampai hari ni pun tak tahu kat sini ada kolam air panas.. tu pun kawan aku kak sal yang tunjukkan jalan. Hampeh kan aku ni.. tak sosial langsung kikiki3x….

Untuk pengetahuan korang yang baca blog aku ni, kolam air panas ni terletak di Sungai Serai Hulu Langat.. dekat-dekat dengan Nanding… Kalau orang sini tahu la… kalau orang luar susah sikit nak cari sebab papan tanda dia kecik sangat. Tempai ni pun tak di komersialkan oleh pihak kerajaan. Ermmm tak tau la kenapa.. sebab kolam dia kecik dan cetek kot?.. bagi aku kalau di komersialkan lagi bagus.. buat tempat perlancongan… gerenti ramai orang datang.. ni tak dah la gelap gelita, satu lampu pun tak ada… tapi orang ramai datang… (Harap pihak kerajaan ambil perhatian ye)

Kalau ada yang rasa nak mandi air panas boleh la datang sini, kita mandi kat Sg.Serai ni je… tak payah bayar parking, masuk pun percuma… tapi cuma kena berani je la bagi yang takut gelap tu hihihi… kalau nak mandi datang la malam sebab panas dia kurang sikit.. kalau tengah hari mau terbakar kulit..

dsc_0136

kat sini tempat salin baju adalah di tempat terbuka.. so jangan la malu-malu ye… tak ada orang nampak pun TUT korang… sebab kat sini gelap hehehe

dsc_0137

Ecoot dan Rina kat belakang tu tengah cover line nak tukar seluar, sambil tu kak Sal berposing ambil gambar.

dsc_0139

Baik punyaaa… hehehe sementara diorang sebok tukar baju baik kami ambil gambar dulu… aku terjun dengan baju tu je.. dah siap-siap dari rumah.. almaklumlah rumah dekat je..

dsc_0140

Abang Bob dalam dilema… nak mandi ke tak… hehehe sebab air panas sangat… mandi la abang bob… biar kaki yang sakit tu baik cepat…

dsc_0144

Panasss…… disebabkan hari ni tak hujan, jadi air kolam ni panas giler… baru 30minit aku berendam dah pening kepala… rasa panas dah sampai ke otak hehehe… anyway memang best dapat berendam kat sini walaupun sekejap…

//Kepada sesiapa yang berminat untuk kesini sila klik Google Map dibawah untuk maklumat lanjut..

http://wikimapia.org/4253364/Kolam-air-panas-sg-serai

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.