Blog Aku Down & Dont Make Me Cry Baby

Minggu ni aku kerja malam, sepatutnya kerja pagi tapi kawan aku nak minta tukar jadual, aku pun setuju je sebab aku memang suka kerja malam sebabnya siang aku boleh tidur panjang aku pun sebenarnya memang susah nak tidur malam. Tidur tak ingat sampai pukul 4 petang tadi dah la bengang blog aku dan blog mak aku tak boleh masuk. Pihak hosting pun tak info aku tentang ni, kot ya pun server down sepatutnya inform la aku,  nasib baik website Kak Yati dan Suria tak terlibat sama.

Lepas je bangun tidur aku YM dengan Suria sebab website dia ada masalah sikit. Nasib baik juga tak hilang database ni gara-gara aku tak abis turun ilmu kat Suria lagi hehehe… tak pe Su try n error baru kita jadi mahir. Tah bila la boleh aku turun ilmu ni sepenuhnya kan.. aku asik bz je..

Dalam kepeningan tu aku terus tutup laptop dan buka TV, ermmm bosan asik cerita sama je kat Astro, balik-balik Akademi Fantasia… kekadang bosan gak asik cerita sama je.. kalau AF pulak asik cerita pasal Yazid je… macam ada apa-apa je Astro ni…nak raih undi la tuh…  aku tekan-tekan punat remote Astro aku yang sikit lagi nak barai tu tiba-tiba tertekan channel MAX, uwaaaa dah lama aku tak  tengok movie, pulak masa tu cerita yang aku minat ditayangkan semula… Siapa pernah tengok cerita Cry Baby?… aku dah dua kali tengok, best la cerita ni ala-ala cerita 70-80an gitu.., lebih-lebih lagi pelakon kegemaran aku Johnny Depp yang berlakon memang best. Kira cerita ni ala-ala Muzikal movie la.. jom layan lagu ni jap… hehehe

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Blog Aku Down & Dont Make Me Cry Baby

  1. Anarm says:

    johnny depp = edward tangan gunting = best siot!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *