Selamat Bertunang Kawanku Aby

Dengan ini kami rakan-rakan di pejabat mengucapkan selamat bertunang kepada Aby dan terima kasih banyak-banyak kerana sudi menjemput kami menghadiri majlis pertunangan kamu. Kami mendoakan semoga Aby terus ke jinjang pelamin dan moga diberkati Allah S.W.T Amin…

dsc_0071

Hari ni cuaca amat baik sekali, nampak mendung tapi panas terik. Sejak dua menjak ni rasa macam panas bahang je, berpeluh-peluh tengah hari tadi. Mula-mula perjalanan dah macam-macam drama berlaku, hehe macam-macam la korang ni.. Alice bangun lambat… tu la malam asik bertenet je, datang office pun lambat tapi kami tak marah kau key..  sebab kami pun lambat hahahaha…. Memula Suraya kami jemput tapi disebabkan abang bob dah jemput Nurul alang-alang abang bob jemput Suraya sekali. Alamak Yusri pulak marah… ye la Suraya kan awek dia… ehhhh awek ke?… hahahaha sampai abang bob pun bengang kejap sebab Yusri jelous tak tentu pasal. Sampai kat Jalan Duta Suraya tukar kereta masuk kat kereta aku. Baru lah si Yusri senyum balik… hahahaha lawak la korang ni… tu pun nak gaduh 🙂

Perjalanan ke Bukit Beruntung melalui lebuhraya amat senang sekali, jalan pun tak sesak tapi yang sesaknya kami la nak kena bayar duit tol heheheehe masing-masing semua sesak dah tak ada duit. Balik kami dah rancang nak ikut jalan lama je. Huhu korang ingat orang bekerja macam kami ni banyak duit ke… duit tak ada tapi hutang melambak hahahaha…

dsc_00131

Sementara tunggu Abang Bob, kami sempat bergambar di Shell Tol Jalan Duta… yang baju kurung tu la Alice dan bertopi tu Yusri.. yang comel tulah aku hahahaha…

dsc_00141

Yusri dan Shah Bugil a.k.a dup dup yang perasan ala-ala macho, sementara aku dan Alice bermesra di dalam kereta hahahaha…

dsc_0027

Tangan Alice yang telah diinaikan… huh yang tunang orang lain… tapi dia pulak yang seronok hehehe dasar perempuan… tapi aku bangga dengan kau Alice… walaupun kita berlainan agama dan bangsa, tapi kau menghormati adat istiadat orang melayu….

dsc_0030

Yusri, Alice, Suraya… yang beralih kereta dari kereta abang bob ke kereta aku… semuanya masih solo lagi… jadi cepat-cepat la isi borang ye…

dsc_00471

Kami sampai rumah Aby dah lewat… majlis pun dah berakhir.. tapi kami sempat la makan hehehehe..

dsc_0075

Dari kiri Aby (Yang bertunang), kak Sal, Alice, Nurul dan kak Yan…

dsc_0065

Amboi Aby… comelnya… selamat bertunang ye… betul ke adat orang kalau tunang harga kat cincin tak buang?… sepupu aku tunang pun buat macam tu juga… apa-apa pun ko memang da bomb…. cantik..

dsc_0091

Kata orang kami ni seiras macam adik beradik… ye ke?… ermmm sebabnya bulu kening kami lebat hahahaha…ye ke?..

OK kalau nak tengok keseluruhan gambar sila klik link dibawah untuk ke gallery (Gambar-gambar ini dirakam menggunakan kemera DSLR Nikon D80)

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *