En3 bosan

En3 kali ni tak tau apa nak tulis.. tapi rasa nak menulis … tu yang main tulis je…  kalau rasa nak baca, baca lah kalau tak tekan ctrl + F4 ….

Sejak beberapa hari ni badan rasa macam tak berapa sihat je, sakit-sakit badan, flu dan batuk berpanjangan rasa macam nak demam pun ada. Hari tu pergi klinik panel mintak ubat batuk dan vitamin B.Complex sebab tak cukup tenaga nak kerja. Minggu ni je aku kerja lebih kurang 80 jam semuanya gara-gara kejar duit overtime, hehehee nak wat cam mana, basic gaji rendah jadi nak tanggung bayar hutang kena lah OT memanjang. Kalau korang nak tahu minggu ni aku tidur berapa jam je.. selebihnya adalah masa kerja aku. 80 jam tu sebenarnya kerja aku kat offlice… lepas balik kerja je aku kena siapkan website client aku pulak… ye la aku kena buat cepat kalau tak nanti client akan akan cakap apa pulak… Sekarang ni je ada 2 lagi website dalam “Waiting list” yang perlu aku siapkan selain Nbkara.com.my dan Irisuriaglobal.com. Sampai kekadang blog aku sendiri pun tak terupdate yang penting aku suka sebab aku memang minat buat website ni..

Selalunya kalau aku kerja seteruk ni mesti akan demam, huhu mintak-mintak la tak demam sebab aku perlu kerja untuk sara hidup aku dan keluarga aku… almaklumlah sekarang yang bekerja aku sorang.. nak bayar duit kereta lagi… duit makanan anak kucing aku lagi… duit hutang kredit kad lagi… kakak aku pulak katanya hari tu dah tak nak bayar duit bil rumah… ermmmm pening kepala aku ni.. aku memang tak dapat la nak support yang lain-lain sebab aku pun cukup-cukup makan aku sorang je…  nak tak nak mak aku kena la bayar bil-bil tu nanti… harap-harap novel terbaru dia nanti korang semua beli la ye… hehehe… tak sabar rasanya nak tunggu adik aku bekerja

Itulah mak aku selalu pesan supaya kerja tu mesti dengan ikhlas. Mak aku lah yang selalu bagi semangat untuk bekerja.. kalau tak kerana dia tah apa la jadi nasib aku sekarang. Aku memang suka sangat dengan kerja aku sekarang, walau pun kerja jawab panggilan ni memang memeningkan tapi lama kelamaan rasa seronok pulak.

 oh ye lupa nak promot…. kepada semua yang kaki buku tu boleh la pergi ke Pesta Buku Antarabangsa hari ni kat PWTC dan jangan lupa ke booth NBKARA untuk dapatkan novel mak aku Belahan Jiwa ye… gerenti puas hati…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to En3 bosan

  1. Anarm says:

    lalala kerja la..
    Belahan Jiwa tu novel romantis2 ek?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *