Santai @ Pengkalan Balak Melaka

dsc_0122

Perjalanan tak la jauh pun tapi nasibaik la abang bob yang drive kereta… dah la aku tak cukup tidur sebab semalamnya aku kerja malam. Dah sebulan kami rancang untuk bercuti di Pengkalan Balak Melaka ni.. destinasi ini memang menjadi favorite kami setiap tahun, kenapa?.. sebab kat sini private sikit… huh kami tak buat benda tak senonoh ye… tapi kami memerlukan ketenangan almaklum lah yang pergi ni semua lelaki “JK” hehehe Jiwa Kacau… huhu kacau ke jiwa ni?… tak de la.. saja je bersantai bersama kawan-kawan. Kami ni kalau kat pejabat dan kalau pergi bercuti berempat (Lelaki) mesti digelarkan group gay hahaha pepandai je korang ni yek.. gay la sangat kan… sebenarnya mereka tu cemburu sebab tak dapat join bercuti sekali ye kan.. kan.. kan… hhahahaha… apa-apa pun percutian kali ini memang berbaloi.

Sebelum ni chalet kegemaran kami dah penuh orang booking, ermmmm tak tahu la betul-betul penuh atau nama kami dah blacklist.. sebab kami kerap sangat ke Pengkalan Balak ni… kami tengok chalet tu macam kosong je… tapi katanya dah ada orang duduk.. ermmm melepas… tapi bersebelahan chalet tu ada satu lagi namanya D’Nelayan Resort… ni 1st time kami tinggal kat resort ni. Kira ok gak la bilik deluxe ada 3 katil single, aircon baru RM130.. siap ada mini swimming pool lagi.. tu yang best.. rasanya swimming pool tu untuk kanak-kanak.. tapi kami lenjan je mandi kat situ.

Apa yang menariknya juga resort sekecil ni menyediakan perkhidmatan Streamyx Zone. Terperanjat gak sebab sebelum ni kami bercuti kat hotel-hotel yang mewah-mewah tapi Wifi hampeh tidak memuaskan langsung ada yang tak ada langsung pun ada. Tapi Resort D’Nelayan ni waahhh cukup bagus, kawan-kawan aku la yang paling happy sebab boleh online guna Streamyx account aku melalui PSP mereka.. huhu tak apa bagi peluang kat mereka untuk bergembira..

Sepanjang perjalanan kami memang menggembirakan, expecially abang bob dan yusri yang tak habis-habis buat lawak.. pasal alur gajah la pasal berdengkur la hahahaha yang itu biar kami je la yang tahu hahaha…

//Shah gambar dalam blog aku ni aku terpaksa kecikkan untuk elak server aku penuh.. kalau ko nak gambar ni yg tak di resize nanti aku bawak kat helpdesk…

Untuk melihat lebih banyak gambar.. sila klik link dibawah.. (gambar-gambar ini dirakam menggunakan Nikon D80)

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.