Router w/Modem Baru Aku

Yahoo semalam duit aku lebur lagi, apa kes … hehehe sejak kes kena kilat ni la… aku ambil langkah berjaga-jaga supaya tak kena lagi.. jadi dengan itu aku telah membeli sebuah Belkin Router W/Modem G berharga RM209 kat All IT Plaza Lowyat semalam. Kalau pakai wirelese ni ok sikit sebab tak direct streamyx ke laptop tapi guna wifi…

Huh,… susah pulak nak install modem ni… guna CD ingatkan lagi senang tapi rupanya lagi susah… puas aku setting streamyx account aku… tapi tak jadi-jadi.. last-last install cara manual la gamaknya kekekeke…. nasibaik aku ada sedikit pengalaman jadi tak la rasa susah sangat… semuanya sudah oke… kini mak aku tak perlu lagi berebut-2 nak pakai internet sebab desktop dia dah direct line aku pulak dah Wifi,…

Tips kepada sesiapa yang nak install modem ni secara manual

1) http://192.168.2.1

2) Pergi kat Internet Wan > Connection Type dan pilih PPPoE.  Kemudian tekan next, masukkan username dan password Streamyx anda, pastikan username streamx anda ada @streamyx, contohnya mohdzaid@streamyx

3) Set VPI/VCI kepada 0/35

4) Encapsulation ambik LLC

5) Apply Changes

6) siap… restart laptop dan modem dah leh pakai… tadaa..

Ni aku nak tunjuk sikit apa yang ada kat dalam kotak ni..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku, Uncategorized and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Router w/Modem Baru Aku

  1. anarm says:

    wooo.. canggih la.. aku pn nk beli gak la.. tp aku tak pkai streamyx.. camne ek? :-/

  2. admin says:

    ermm bro pakai connection apa?… jaring?.. maxis?… else?/.. hehehe zaid tak berapa pandai… nanti zaid carikan caranya…

  3. adef says:

    camne bro?bleh ajo cre ako x?kasik num.ko kt email ako..ako call..buleh?kitakn 1 MALAYSIA

  4. admin says:

    hoho nak tanya apa?.. kat sini pun boleh tanya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *