Baru Ada Semangat

Aku happy… aku happy… dapat laptop hari ini… hehehe seronoknya laptop kesayangan aku dah di baiki selepas kena kilat hari tu. Semalam orang HP call aku mengatakan “Notebook encik dah siap diperbaiki dan kami telah menukar motherboard yang baru untuk encik, tiada sebarang pembayaran di perlukan sebab under warranty… “. Wahhh syoknya tak sampai 3 hari dah siap, cepat betul mereka ni buat kerja.. macam ni la bagus.. nak promot sikit kalau nak beli laptop belilah jenama HP atau CompaQ ye.. memang berbaloi

Pagi tadi lepas balik kerja (kerja malam) aku tidur jap  ye la penat tau kerja malam ni, walaupun kerja duduk ke mengadap PC selama 8 jam tapi amat memenatkan dan mengantok sangat-sangat. Aku dah pesan kat mak aku suh kejutkan aku pukul 1 petang, nak gerak terus ambik laptop aku tu.. ye la tak sabar tul aku nak dapatkan nyawa aku tu balik..

Tepat pukul 2.30 petang sampai menara HP kat Jalan Gelanggang Damansara ni. Parking kereta memang full memanjang kat sini, tapi nasib kami memang baik sebab masuk je palang parking tu ada satu kotak kosong untuk kereta aku… hehehe tak payah jalan jauh-jauh macam masa aku hantar laptop aku 3hari lepas satu parking pun tak ada…

Masuk je pejabat HP aku terus ambik laptop aku tu dan test kat situ gak kot-kot tak boleh pakai je kang sia-sia je repair.. nasibaik motherboard je yang rosak.. kalau harddisk rosak mau aku melalak kat situ gak, banyak lagu dan gambar kenangan aku kat dalam tu..

Jadi sekarang ni aku dah boleh la guna internet dan tak berebut ngan mak aku lagi sebab masa laptop aku rosak aku pinjam desktop dia haahahaha susah dia nak siapkan novel kekeke… “im sorry“…. bak kata Amir Raja Lawak.

Aku ingat nak angkat sebijik router untuk modem aku tu… tak nak dah guna direct line ke laptop takut kena sambar lagi macam hari tu… korang ada apa-apa cadangan tak nak ambik brand router + modem yang bagus?…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com