Bercuti Dengan Kawan Ronggeng

Aku paling suka kalau dapat bercuti bersama kawan-kawan. Boleh dikatakan setiap bulan kami akan set satu masa dan cari tempat untuk beriadah bersama. Bukan apa pekerjaan seperti kami ni memang selalu mengundang sakit kepala, stress, migraine, darah tinggi dan macam-macam lagi.

Selalu kalau bercuti aku akan pergi dengan rakan ronggeng (kawan rapat) aku kat office ni, tak lain tak bukan kak Sal dan Rina la..dan selalu gak bercuti dengan abang bob, yusri, shah dup dup… memang syok bercuti dengan mereka ni.. kalau sepanjang perjalanan tu tak buat lawak tak sah..

Tapi entry aku kali ni nak letak gambar-gambar semasa aku bercuti dengan kak Sal dan Rina di Genting Highland dan Bukit Tinggi. Insyaalah bulan 10 nanti kami cadang nak vacation kat Singapore..

Kak sal seorang yang periang, letak je dia kat mana sekali pun pasti boleh buat orang ketawa terbahak-bahak..

Besarnya bear tuh…huh mampu pegang je nak beli tak mampu hahahaha

Sementara menunggu giliran naik boat kami sempat snap gambar bersama, nasib baik masa kita orang pergi ni time orang bekerja, tak la ramai sangat yang beratur…..

Jambatan gantung Genting.. sama macam jambatan rumah aku hehehe

tahu tak siapa yang ambil gambar kami?… huh benda ni la… nama dia tripod… jadi memang mudah untuk bergambar tak perlu lagi suh orang lain tangkapkan..

Baju rasmi kami kalau bersama… I Love Malaysia… huh ada berani ke pakai?.. kami pakai sebab kami anak Malaysia… dan promot Malaysia dekat pelancong kat Genting tuh…

Masa balik kami singgah Bukit Tinggi, ni kat pintu gerbang Japanese Tea House.

Walaupun nak naik Japanese Village ni kena mendaki sikit tapi lepas je mendaki memang rasa tenang dengan suasana ala Jepun kat sana. Cuaca pun tak berapa panas kat sini sebab atas bukit kan..

Sempat gerbambar di Colmar Tropica sebelum balik KL…

Mungkinkah ini LIF yang dimaksudkan kak yati di dalam blognya? huhu memang bising pun lif ni… dah la kecik dan berbau hapak pulak tuh..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Bercuti Dengan Kawan Ronggeng

  1. NBkara says:

    salam zaid,
    bkn lift tu zaid, ada lagi lift dalam colmar tu..bahagian reception kat situ..bilik akak paling atas, lift yg ko naik tu memang hapak sungguh…he.he

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *