SHARE

Suria (Dakoris), kan aku dah cakap… lepas je banjir insyaalah rezeki kami akan melimpah. Tu la kekadang aku ngan mak aku cakap rezeki banjir. Teringat aku masa abah aku berniaga kedai makan dulu. Ramai betul orang dengki… biasa la orang melayu ni kadang-kadang tak boleh tengok orang lain senang sikit.

Selalunya bila banjir kat kedai abah aku tu mesti orang ramai. Ada kawan-kawan cina abah aku tu cakap banjir ni buang sial., so mana yang orang letak-letak karung kuning yang ditanam depan kedai abah aku tu akan lupus (Setan dia mati) hahahaha….apa-apa je la mereka ni… tapi rezeki tu semua datangnya dari Allah kan…

Oh ye, pagi ni aku bangun je tidur tengok ada satu kotak besar kat dapur. Bila aku tanya mak aku, dia cakap tu sumbangan ikhlas dari Puteri UMNO cawangan umah aku ni.. (Hulu Langat). Macam-macam ada, beras, sardin, tepung, gula, mee sedap dan lain-lain. Alhamdulillah walaupun kat kawasan aku ni PKR yang pegang tapi hampeh. Sorang pun tak pernah lawat kami.. rasanya kalau kami hanyut dibawa arus sungai pun diorang (PKR) tak tahu.

Tahniah kepada belia-belia Puteri Umno dan juga Kerajaan BN yang sudi membantu.

“Terima kasih daun keladi, esok-esok kasi la lagi” hehehehe…

dsc_0880

belakang-belakang tu banyak lagi… ruang tak cukup jadi tengek2 kan …

dsc_0884

Pemetik api BN

5 COMMENTS

  1. zaid..
    salam ko kena jumpa Pak Lahla suruh buat tebing sungai tu sebelum Pak Lah berhenti, bukankah dah berabad lamanya sungai tu bermasalah, tak kira masa PKR tau masa BNkan..jangan terpedaya dgn seguni beras..paling penting rumah tu tak banjir lagi..ko tak penat..

  2. zaid,

    tak de bantuan dari kerajaan negeri – Pakatan Rakyat? rumah saya pun dinaiki air, dan tak de pihak pun yang datang melawat masa hari jumaat tu, samada dari BN atau PR. Sy dapat tahu mereka pergi ke tempat yang lebih teruk dilanda banjir seperti area sg serai, dusun tua, batu 18 dan kg padang.
    pada hari sabtu, pengerusi JKKK bagi batu 13 hulu langat datang menziarah sambil membuat taksiran kerugian secara general.
    alhamdulillah, pejabat zakat dan kerajaan negeri memberi bantuan berjumlah rm 600 (nilai mungkin berbeza mengikut taksiran) yang disampaikan baru-baru ini.
    pejabat DUN (BN) memberi bantuan dari jab kebajikan masyarakat yang berupa 5 kilo beras, 1 tin sardin, 2 tin susu/krimer, 1 paket bihun, 1 paket biskut. nampaknya puteri umno lebih pemurah!

  3. alhamdulillah.. hari jumaat tu pun tak de org datang rumah zaid, keesokkan harinya baru ada pihak datang.. tapi masa tu kami kat kedah…mujur makcik zaid kasi nama kat jkkk kampung ni.. tu yg dapat sumbangan dari puteri umno… sumbangan wang tunai tak tau la dapat atau tak… thn lepas dapat la.. rm200..

    rozi tinggal area mana yek?… jadi rumah kita dekat je la yek?..

  4. lighter barisan nasional tu aku ada berdozen kat kat rumah..
    dapat free masa pilihan raya lepas..
    setiap kali balik rumah, mesti aku 5-6 butir utk bawak balik hostel..
    save skit kalau hilang..
    tapi tak penah guna abis..asyik ilang jer lighter..

LEAVE A REPLY