Kepenatan Dan Trip Ke Kedah

Tepat jam 12 malam, Lepas je kemas dan basuh rumah akibat banjir, pakcik aku dah tunggu depan rumah, memang dah janji nak pergi trip ke Kedah malam ni, tapi tak sangka pulak rumah nak banjir. Jadi nak tak nak kemas rumah ala kadar je.

Badan aku ni memang toksah nak cakap la dah flat giler. Nak tak nak terpaksa gak la gagahkan diri drive dari KL ke Kuala Muda. Tepat pukul 1pagi keluarga aku dan keluarga pakcik aku mulakan perjalanan ke lebuhraya menuju ke utara. Mula-mula aku segar lagi walaupun dalam keadaan penat separuh mati. Sampai je dekat Ipoh mata aku dah tak boleh tahan. Sangap gila, jadi aku tawakal je la bawak kereta walaupun dalam keadaan merbahaya.

Nasibaik tol dapat diskaun 10% sebab perjalanan waktu lepas pukul 12tengah malam. Sampai kat Kuala Muda (Kedah) dekat pukul 6.30pagi. Aku memang dah tak tahan, rumah sedara aku penuh pulak dengan sedara-mara yang lain, jadi aku ambil keputusan tidur dalam kereta je.

Tujuan aku pergi kedah ni sebab nak tengok kakak angkat aku kawin, kami dengan keluarga dia ni dah macam sedara sendiri. Panjang ceritanya, kalau nak tahu tanya la mak aku… hehehehe

Aku malas la nak tulis panjang-panjang tentang trip ke Kedah ni… sebab waktu aku menulis ni aku pun tengah sangap sebab baru je sampai KL hehehe… nak tau cerita lanjut sila lawat blog mak aku ye di zaraaluwi.com

Restoran Rumah Putih (Kuala Muda), makanan dekat restoran ni memang best. Cubalah Nasi goreng udangnya. Yammie..

dsc_0764

Untuk pengetauan Kuala Muda adalah tempat berlakunya Tsunami pada tahun 2003 dan gambar dibawah adalah monument bot/sampan yang terdampar dan rosak akibat pukulan ombak Tsunami

dsc_0749

Bumi Jelapang Padi,… Banyak sawah di sini.. kiri kanan sawah

dsc_0770

Ingat lagu Pantai Merdeka?…

dsc_0762

Menara Jam Di Pekan Sg. Petani

dsc_0792

Bangunan Lama Yang Di Jadikan Bank Di Pekan Sg. Petani

dsc_0810

dsc_0802

dsc_0798

Pemandangan Menara Alor Star dari Pejabat POS Besar

dsc_0827

Gerai Ubat Di Pasar Rabu

dsc_0843

dsc_0834

dsc_0846

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Kepenatan Dan Trip Ke Kedah

  1. kuala muda..hermm…pantai dier best tak?

    Minister Of Mind’s last blog post..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *