13 Mar 2009 – Rumahku Banjir Lagi!

Pepatah orang tua “kalau takut di landa ombak jangan berumah di tepi pantai”, tetapi pepatah itu boleh ditukar menjadi “kalau takut dilanda banjir jangan berumah ditepi sungai” itulah hakikatnya jika rumah anda ditepi sungai, Arhhh aku memang marah dan bengang hari ni, nak kata hujan lebat tak juga nak kata gempa bumi pun tak juga.

Pagi ini hujan melanda seluruh bandar Kajang dan Kuala Lumpur, tak la lebat mana pun, petang tadi air sungai Sering kat rumah aku ni mula melimpah-limpah, padahal hujan dah lama berhenti. Aku dan mak aku mula memerhati paras air sungai yang semakin dalam.

Aku buat “bodoh” je sebab tak rasa pun nak banjir sebab tak hujan. Selalunya kalau hujan lebat baru air sungai naik. Tepat pukul 3 petang air mula melimpah keluar dari tebing sungai. Aku tak sempat nak alihkan kereta kesayangan aku naik ke tempat tinggi, barangan rumah pun tak sempat nak tenggekkan atas tempat tinggi, habis aku punya sound sistem dan speaker masuk air sungai.

Kali ni banjir lebih teruk dari biasa, ada khabar angin mengatakan diorang bukak empangan pangsun, area Nanding, Sungai serai pun abis tenggelam. Nak salahkan siapa sekarang ni, apasal la diorang pergi bukak empangan tu. Tak kesian ke kat kami yang duduk kat kaki ni… Kami bukannya orang kaya, boleh dikatakan tiap-tiap tahun dua atau tiga kali mesti banjir, puncanya air empangan dibuka selebarnya. Kalau nak buka pun agak-agak la saluran sungai dan pembentungan negara kita bukannya bagus pun, diharap pihak JPS buat kajian dan pemantauan susulan dari kejadian banjir ni ye… supaya tak la menyusahkan masyarakat lagi.

Mana perginya BN? PAS? KEADILAN? …. rumah aku tenggelam sorang pun tak ada datang jenguk… time pilihan raya hari tu tak jemput pun bertenggek kat rumah aku mintak simpati!!…

Keadaan belakang rumah ketika air mula naik

dsc_0554

dsc_0552

dsc_0553

Keadaan Didalam Rumah Ketika Air Mula Naik

dsc_0559

dsc_0563

Harapan dan rintihan ibuku kesedihan akibat banjir

dsc_0570

dsc_0572

dsc_0576

Tawakal je pada tuhan, nasibaik enjin kereta tak masuk air

dsc_0632

Sofa dan perabut rosak akibat banjir kali ini.!

dsc_0610

dsc_0662

dsc_0660

Masyarakan yang kesedihan dan yang terselamat dari banjir

dsc_0584

dsc_0704

dsc_0656

dsc_0652

dsc_0586

dsc_0591

Ular Air, Antara penghuni sungai yang berjaya ditangkap selain ikan!

dsc_0670

dsc_06741

Aku yang sudah keletihan!

dsc_0625

dsc_0686

Malaysia boleh – Tahniah kepada Pasukan Keselamatan POLIS yang datang membantu menyelamatkan penduduk yang terkandas.

dsc_0716


About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *