SHARE

Hehe mesti kak yati (NBKara) komen lagi.. blog zaid ni tak cerita lain asik cerita pasal makan je ihihi.. macam mana tak sihat zaid ni, Ok petang semalam masa dinner zaid dan kawan-kawan kerja duk fikir nak makan kat mana, al-maklumlah kat tempat kerja zaid ni kalau nak murah mamak je la jawapannya. Tapi dah muak makan mamak, hari-hari mamak, sampai nak muntah dengar nama mamak, nak wat cam mana kat KL ni semuanya mahal, air kosong pun dah 50sen.

Duk jalan-jalan kat Times Square ingat nak makan kat Restoran Rasa Utara, sebab kat sini staff Berjaya dapat diskaun. Tapi hari ni masing-masing teringin nak makan steamboat pulak. Johnny’s Restaurant ni pun bersebelahan dengan Rasa Utara.

“Errrkkkk” alhamdulillah sendawa panjang kami bertiga. Kenyang tak ingat, Kami pesan set “Steamboat B” untuk 3orang makan, harga dia lebih kurang RM40 dan kami tambah 4 set sampingan lain, semuanya RM57 hinggit. Nasibaik dapat diskaun, kalau pakai kad kredit MBF dapat 10%, kalau pakai kad pekerja Berjaya dapat 15%, murah je kan… jadi kepada sesiapa yang teringin nak makan steamboat silalah ke Johnny’s Restaurant Times Square.

“Gambar-gambar koleksi Makan-Makan @ Johnny’s Restaurant Times Square ” – maaf tak bawak kemera jadi rakam guna kemera hp nokia jew..

Johnny’s Restaurant

Johnny’s Restaurant is the largest restaurant chain serving fresh and tasty halal Thai Steamboat. The restaurant offers a nostalgic, tree-themed atmosphere where the sole focus is on fresh Thai Steamboat. Featuring an eclectic menu of over 60 items for personalized cooking, from fresh squid, fresh salmon, sea asparagus, shrimp ravioli, prawn, chicken fillet and seafood balls, there is also a wide choice of fresh vegetables and selection of mushrooms like shiitake, oyster and jelly mushroom.

Lot 03-91, 3rd Floor, East Wing

SHARE
Previous articleGame Muka Sendiri
Next articleMohdzaid.com › Kene hack ke?
Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com

7 COMMENTS

  1. Zaid..salam, memang pun, tak abis2 pasal makan. kok ya..pun pegilah makan jauh2 sikit…ini tak abis2 ngan kat berjaya tempat ko kerja tu. tapi steamboat kat johnny memang best..

  2. JAKIM xpernah kata halal atau tidak..yg pandai2 cakap haram ni kenapa? xlulus SPM?

    Jakim hanya cakap sijil x diiktiraf mereka..tu aje..

    apa bahananya kalau sijil x diiktiraf JAKIM? maksudnya kalau sijil dr syarikat swastu palsu, Jakim xboleh la nak amek tindakan..korang mkn la dgn benda yg xtau standard halal atau tidak tu..syarikat swasta kalau dah keluar sijil, lepas tu nak ke diorang kuatkuasakan?? berapa kali dia nak pegi check nak pastikan premis2 ni kekalkan kehalalan produk diorg..sebab tu ada bahaya sikit percaya sijil keluaran swasta ni..

    point is: jgn pandai2 nak haramkan something tanpa usul periksa..jakim sendiri xpernah cakap haram..

LEAVE A REPLY