Budi Bahasa Budaya Kita?

bbhs

Hari ni adalah hari bengang aku, mana taknya hari-hari menjawab beratus-ratus panggilan telefon, hari ni ada dua panggilan hangit kedua-duanya perempuan yang call aku tu. Memang mejoriti  bila perempuan yang call mesti nak meradang, apa korang ingat orang lelaki ni batu ke? sesedap rasa nak marah-marah. Mana perginya budi bahasa kita? dulu mak bapak ajar suh pergi sekolah tak nak pergi, ponteng, melacor, ikut mat rempit jadi bohsia.

ArrrhhHHhh bengang siut, kalau kita call orang cubalah beradap sopan sikit, cakap elok-elok, pelan-pelan jangan gopoh gapah, insyaalah semuanya akan jadi mudah. Ni dah cakap kasar macam jantan (aku rasa yg call aku ni pengkid kot) … aku nak tolong pun dah jadi tawar hati. Aku ni pulak jenis kalau orang meradang aku pun cepat naik darah, tahap kesabaran aku pun ada tahapnya, jadi jangan cabar kewibawaan seorang lelaki ni. Kang tak pasal-pasal kena penampor sulung ngan aku ni.

Kalau si customer tu baca blog aku ni sila-silalah jumpa doktor, anda mungkin kena penyakit kronik yang boleh menyebabkan kematian kelak, jadi rawatlah segera sebelum merebak ke satu badan. Penyakit yang dimaksudkan adalah penyakit baran tak tentu pasal (mungkin dia ni adik beradik ngan tapir liar).

Kalau sesiapa nak tau cara menjawab telefon ni dia :- Semudah 1,2,3,4,5 je…

1) Cakap Salam/Salam Sejahtera

2) Berkomunikasi dengan baik dan perkenalkan diri

3) Terangkan satu persatu masalah dan terangkan sebab apa anda menalifon

4) Cari jalan penyelesaian dengan baik

5) Ucap terima kasih

PS : Betul ke kalau perempuan ni datang bulan asik nak meradang je? hehehe

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Budi Bahasa Budaya Kita?

  1. yeah…budi bahasa yang baik amalan kita 😉

    mazuki selangor2u’s last blog post..Obama Akan Membawa Pulang Askar US Pada 2010

  2. alicia says:

    engko ni zaid…macam2 lah.wai, x semua perempuan dtg bulan suka meradang tau.ada yg jd slow, sensitip, nak marah pun xde perasaan.kalau yg suka marah2 tu selalunya mmg sifat semulajadi.next time klu ko terkena lagi org cam tu, ko ajar die sikit!!! ehehe

  3. whoah this weblog is wonderful i really like reading your posts.
    Keep up the great work! You already know, lots of individuals are searching round for this info,
    you can aid them greatly.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *