Shinjiru Hosting & Selamba.net

shinjiru

Dua minggu lepas, Shinjiru telah menolong Selamba.net bagi menyelesaikan masalah overload di forum kami. Forum Selamba.org telah menjadi mangsa kepada skrip topsites spam. Skrip topsite ini telah dieksploitasi oleh sekumpulan hackers dari Turki yang mencari semua butang topsites di forum Selamba.net kemudian menghantar bot untuk klik semua butang, refresh kan page berulang-ulang dan pelbagai cara lagi yang boleh menaikkan taraf kedudukan website mereka dengan mengunakan topsite.

Shinjiru telah mengesan serangan ini dan menolong Selamba.net membuat halangan dengan merujuk kepada http://www.htaccesstools.com/block-hitbots/ .. Syukur kerana mereka (Shinjiru) telah mengunakan masa dan usaha untuk mencari punca masalah di forum Selamba.net. Untuk pengetahuan semua laman web and forum Selamba.net berfungsi dengan sangat baik pada ketika ini.

Kami di selamba.net dan selamba.org mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan Shinjiru.com.my yang sampai tak tidur malam bertngkus lumus memastikan laman ini online dan selamat dimasuki oleh semua.

-Mohd Zaid Othman-

PS : Bila nak belanja aku ni Jeffery?… domain zaid.my + Hosting free satu….

Lihat Post berkaitan Shinjiru Hosting lagi disini : Bertukarlah ke Shinjiru

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Shinjiru Hosting & Selamba.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *