Nikon D80 – Aku Masih NOOB

Alhamdulillah akhirnya tercapai juga cita-cita aku untuk membeli kamera Nikon D80 ni, yahoo!! memang berbaloi walaupun aku masih lagi diperingkat newbie dan budak kecik lagi dalam bidang photography ni. Memang aku tak tau apa pun pasal kamera Dslr ni, tapi banyak review website dan tanya kawan-kawan sebelum beli petang tadi,…

Petang tadi sebelum ke Plaza Lowyat aku jemput mak aku yang baru balik ziarah keluarga Ustaz Yahya Naseem yang meninggal dunia pagi tadi kat Kampung Jambu Kajang. Aku tak dapat pergi sebab kerja dan tidur lambat semalam membuat aku malas nak bangun pagi.

Jadi aku memang dah rancang dan minta mak aku temankan aku pergi beli kamera ni hari ni,.. duit dalam tangan memang tak cukup. Tapi aku ni kalau nakkan sesuatu benda tu mesti dapatkannya gak. So apa lagi mintak mak la hehehe… thanks mak sebab belanja duit tak cukup tu 🙂 ,

500834989_196f996e6d

Aku beli kamera ni kat Plaza Lowyat kat kedai Foto Shangri-La, tingkat UG, salesman tu memang ok la banyak juga penerangan tentang kamera ni kat aku yang masih noob ni., Harga kamera ni termasuk lance, UV Filter (RM160) dan body kamera tu = RM3180 huh mahalkan… tapi aku nak gak… dah tak sabar nak ambik gambar ni huhu…

Ok nanti kalau sesiapa nak kawin je nak celebrate hari jadi ke leh la jemput zaid jadi juru foto,. huhu tapi zaid kena banyak belajar lagi cara-cara ambil gmabar dengan baik ni…

Kat bawah ni gambar yang aku ambil, baru je lepas bukak kotak, tak sempat nak belajar setting lagi terus snap gambar jadi nilah hasilnya, tak cantik pun (tangan gigil lagi)… mungkin lepas zaid study banyak2 lagi gempak gambar yang zaid boleh ambil..

DSC_0027

DSC_0005

DSC_0037

DSC_0026

DSC_0040

DSC_0042

DSC_0025

DSC_0019

.

Dari Wikipidea.org

Noob is a slang term for a new person in a community, group, or video game, and especially on the internet (see internet slang). Noob is short for “newbie”, another slang term that comes from the word “new”.

.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Nikon D80 – Aku Masih NOOB

  1. Tuah says:

    hehe.. x sabo ea nk snap.. snap… last2 gmbr x clear… 😀 … bnd mahal kn jg btol2… mcm jg anak sendiri… huhu… klo rosak… merana nnt… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *