Cornetto Percuma

Ais kream free?, pantang dengar ada benda free, itulah kami, aku dan kawan-kawan tempat kerja aku. Hari ni Walls dengan bangganya memberikan 2 biji (sorang) Ais Kream Cornetto kepada orang ramai di Times Square Kuala Lumpur dan beberapa lokasi terpilih. Sebanyak 100k biji ais kream Cornetto telah diedarkan dari jam 2petang tadi. Artis Shila (OIM) duta baru Cornetto pun ada sama, huh 1st time tengok dia depan mata, cute gak budak sekor ni. Walaupun aku kurang meminati artis Malaysia tapi bagi aku Shila ni mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan boleh diasahkan lagi bakatnya ke peringkat antarabangsa.

Huh! berbalik pada cerita ais kream ni tadi, waktu bekerja aku hari ni dari 7pagi hingga 11malam biasa la hari sabtu time orang ramai cuti aku sebok bekerja, esok time orang sebok bekerja aku mula cuti hehehe, jadi kami ambik masa makan tengah hari ni pergi beratur panjang semata-mata untuk dapatkan 2 biji Cornetto hhehehe memang kelakarlah. Ala dah benda free ambik je la, sapa nak kasi kan, kalau beli kat kedai pun dah RM2.80 satu.

Aku salut la kat Walls yang mengeluarkan produk Ice Cream Cornetto ni, rasa dia memang sedap. Begitu asik ketika menjilat-jilatnya heheheeh lucah plak aku ni.

Kredit kepada Walls kerana selalu bagi Ais Kream free kat orang ramai, kan best kalau kasi free hari-hari, thanx to Walls dan semua krew yang bertugas tadi.

Ok kat bawah ni kita orang sempat bergambar syok sendiri semasa beratur tunggu ais kream free ni.

dsc01620

Model sambilan yang tak bertauliah, amacam ada gaya jadi model terkenal di Janice Dickinson Agency tak? hihihi

dsc01622

Ni adik aku sorang ni (Ruby), penuh semangat suh aku gi ambik ais kerim free

dsc01627

Amboi Cik Siti, tak cukup sebelah tangan memegang Cornetto tuh..! makan sorang yek!

dsc01625

Walaupun kami mampu membeli ais kerim ni, tapi benda free lagi best tau!… lagi nikmat!.

dsc01624

Huh beratur punya la panjang, sambil tu snap gambar tuk masuk dalam blog ni..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *