Ran Feat Nur Sahila – Tunjukkan Cintamu

Waaa ni berita baik bagi aku, kumpulan Ran band dari Indonesia ni berduet dengan anak N.D. Lala si Nur Sahila tu… Ni menunjukkan Ran akan bertapak kat Malaysia tak lama lagi, waduh-waduh aku memang minat bangat sama kumpulan Ran ni, eceh… dah skiping indon pulak aku ni 😛 ,

Ok nak cerita sikit tentang group Ran ni, dianggotai oleh 3 anak muda dari Indonesia iaitu Rayi Putra (Rayi) Vokal/Rap, Astono Andoko (Astono) pemain gitar dan Anindyo Baskoro (Nino) vokal, mereka muncul dengan irama easy listening dan riang, senang cerita sedap telinga mendengar la..

Mereka tampil dengan konsep berbeza dan mengkombinasikan musik soul, pop, R&B dan sedikit hiphop serta lirik-lirik dan bait-bait lagunya yang segar dan sederhana membuat lagu mereka lebih mudah diterima oleh penggemar musik Indonesia dan tak lama lagi di Malaysia.

Akhir 2007, RAN telah mengeluarkan album debut mereka yang pertama dengan judul RAN FOR YOUR LIFE. Dan album ini diterima di pasaran muzik Indonesia. Mulai dari lagu Pandangan Pertama, Nothing Lasts Forever dan Selamat Pagi yang ramai diputar di radio-radio dan di tv Indonesia. Setelah sukses dengan album pertama Ran sedang mempersiapkan album keduanya. Di album kedua ini, RAN akan memberikan kejutan dengan mengundang penyanyi Malaysia, Sheila untuk berkolaborasi dalam lagu Tunjukkan Cintamu.

Jom tengok gambar-gambar Ran dan Sheila semasa shooting video clip terbarunya Tunjukkan Cintamu.

.
Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us
Kredit kepada : Kapanlagi.com

.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Video and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Ran Feat Nur Sahila – Tunjukkan Cintamu

  1. KNizam says:

    wahhhhhh group baru eh. cool !

  2. admin says:

    ahha Ran ni grup baru dari indonesia

  3. dakosue says:

    x layan arrrr

  4. dakosue says:

    jgn marah juz kidding but real x funny

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *