Waaa penatnya, sekarang ni sebenarnya tengah menaip blog ni kat tempat kerja, jam sekarang menunjukkan 12.59pagi Isnin (Kene kerja malam da…), sebenarnya aku baru je balik dari mandi manda kat Sg. Congkak. Almaklumlah asik kerja je sampai lupa untuk beriadah bersama kawan-kawan. Sambil-sambil tu boleh juga aku relexkan minda dan releasekan tension. Aku pergi sana 3 orang, Kak sal dan rina dan juga aku. Walaupun sampai kat sini dah petang (sebab tunggu kak sal balik kerja) tapi keadaan di Sg. Congkak ni bz gila, ye lah kan semalam hari Taipusam jadi ramai la keluarga ambil masa ni untuk beriadah dan berehat. Macam-macam species umat ada, kecik besar, pendek panjang, gemuk kurus (hehehe aku le tuh)..
Keadaan Sg. Congkak selepas kali terakhir aku pergi sana 19 May 2008 lalu tak banyak bezanya. Suasanya macam dulu tapi yang tak bestnya ada banyak sampah kat sekitar sisir sungai, apa orang kita ni memang tak jaga kebersihan ke?.. cintailah sungai kita untuk cucu-cucu kita nanti.
Aku ada tanya kat sorang pakcik yang jaga parking kat sini, aku tanya dia “Pakcik takkan nak parking kejap pun nak kene bayo”. Pak cik tu cakap “Ye la dik duit ni untuk buat bersih kan sampah dan sebagainya”. Ermmm aku pun malas nak layan so aku blah je… aku pandang sekeliling, banyak gak sampah apa yang diorang buat dengan duit parking tu?… biarlah anggap je lah sedekah.!
Sampai je, kami sewa pondok santai milik orang kampung sini, fuhhh terbeliak kejap dengar harga dia RM20. Bagi orang yang berkemampuan memang la tak mahal, tapi kami ni yg dah sampai lewat petang ni pun nak charge kaw-kaw… hehehe nasibaik kawan aku rina sorang ni pandai bodek adik tu, jadi dapat la diskaun jadi RM12 je… dah tu tempat letak kereta pun kene sewa, jadi kepada sesiapa yang nak beriadah kat sini silalah bawak duit secukupnya. Jangan ingat nak mandi free je hehehehe….
Mandi-mandi tak ingat dunia sampai pukul 7.30petang, hari pun dah nak gelap, memang dah rancang lepas mandi ni kang nak pergi makan ikan bakar kat Sg. lui, jadi aku, kak sal dan rina naik atas dan siap-siap tukar baju untuk gi makan.
8.30Malam – Sampai kedai ikan bakar milik (Ikan Bakar Seri Nikat, Batu 23 Sg Lui ) dekat Sg. Lui, kalau sesiapa yang nak pergi sini, pergi je Sg. Lui dan tanya kat orang kampung situ kedai ikan bakar terapung mesti semua tahu, aku dan kawan-kawan memang regular customer kat sini, memang masakan ikan bakar dia memang “UUmMMpHHhh” sehingga menlilat jari,… kedai ni hanya menyediakan ikan bakar jenis ikan sungai je macam ikan talapia, ikan patin dan lain-lain, kalau rasa tak suka ikan sungai boleh bawak ikan laut sendiri dan suh diorang masakkan. Aku dan kawan-kawan order ikan talapia masak pedas, ikan patin bakar dan sayur kailan ikan masin. Memang sedap sambil dengar orang berKaraoke dan duduk kat pondok terapung, layan beb!… sapa nak try meh la… tapi diingatkan sekali lagi kedai ni jual ikan sungai je!