Google Apps & Email Percuma Dari Domain Anda

Tergerak kat hati aku nak kasi sedikit tutorial Google apps untuk buat domain kita sebagai email percuma, pernah dulu masa aku kat selamba.net ada ramai yang tanya macam mana aku buat untuk selamba.net punya email. Ok kali ni aku kasi sedikit tutorialnya, rasanya kat blog lain pun dah ada kot, tak pe la itu style diorang… yg ni style aku… heheheh

Pertama sekali masuk : http://www.google.com/a/cpanel/domain/new , disini anda boleh membuat 2 pilihan sama ada untuk menggunakan domain sediaada atau pun boleh beli domain baru terus dari google. Untuk tutorial kali ni saya pilih untuk mendaftar domain saya sendiri iaitu Mohdzaid.com, di bahagian I want to use an existing domain name sila pilih Administrator: I own or control this domain dan masukkan nama domain sedia ada anda . Lihat rajah dibawah sebagai contoh

email2

Setelah anda isi butir-butir domain, sila klik get started dan ikuti paparan seterusnya, Kini anda dibahagian SignUp, lengkapkan butir-butir diri anda/syarikat anda dan jangan lupa klik pada Google Apps requires changes to DNS to properly set up services. Learn more. Setelah anda memasukkan segala butiran, klik pada button Continue.

Dibahagian ketiga ini anda diminta untuk setup akaun untuk administrator email domain anda nanti, Sila rujuk pada rajah dibawah.

email3

dan baca Terms and Conditions sebelum anda klik button I Accept, Continue with set up. Seterusnya setelah berjaya, anda akan dibawa ke paparan Dashboard Email domain anda, dan sila klik Verify domain ownership untuk pengesahan. (Lihat rajah dibawah)

email5

setelah klik verify domain ownership, paparan akan meminta anda membuat pengesahan domain,… ini bagi tujuan membuktikan bahawa domain yang anda register adalah hak dan milik anda sendiri. Google akan meminta anda memilih samaada untuk upload file googlehostedservice.html menggunakan FTP dan diletakkan didalam folder www, ataupun memilih untuk menukar CNAME Record, dalam tutorial saya ini saya memilih untuk membuat pengesahan menggunakan googlehostedservice.html,

1, Buka Notepad

2, mauskkan googleffffffffwa24fda2 (kod mungkin berbeza, sila semak di page pengesahan anda)

3, save as notepad ada kepada nama googlehostedservice.html

4, upload file googlehostedservice.html kedalam server menggunakan FTP

3, klik butang verify.

email6

setelah pengesahan dibuat, pihak google akan masuk ke domain anda dan mencari file googlehostedservice.html ini tadi. Proses ini memakan masa lebih kurang 48jam. Setelah berjaya, setelah pengesahan anda berjaya dibuat oleh pihak google, kini anda boleh menggunakan domain anda sebagai email gmail.

Sebelum itu anda perlulah Activate email email anda, Activate email berada di bahagian depan dashboard. Anda diminta untuk set mail delevery untuk domain anda,… MX Recored hendaklah diset seperti berikut

  1. Log in to your cPanel account.
  2. Click Mail.
  3. Click Modify Mail Exchanger (MX Entry). A list of your current MX records will appear.
  4. Click Change an MX Entry.
  5. In the Change MX for… field, enter ASPMX.L.GOOGLE.COM.
  6. Click Change.

untuk login email : http://mail.google.com/a/mohdzaid.com

untuk admin panel : http://www.google.com/a/mohdzaid.com

ok agak-agak korang faham tak tutorial ni?… kalau tak faham sila komen disini ye…. insyaalah saya akan membantu

Untuk tutorial akan datang :

-Cara umah logo email anda

-Cara tambah user email

-Ubah setting email anda


About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com