CNY Lion Dance @ Plaza Low Yat

Dung..Dung….Cheee… Dung..Dung….Cheee… hihihi tu la alunan gendang tarian singa. Time makan tengah hari tadi terserempak dengan team lion dance kat Plaza Low Yat, dah memang laluan aku makan kat kedai mamak tu kena jalan kat Lowyat alang-alang dah tengok tu apa lagi aku rakam la sedikit aksi-aksi lion tu berjoget menggunakan kemera hp aku.. sorry la kualiti tak berapa ok almaklum la kemera 2 mega pixel je. Hari Jumaat ni pun ada gak tarian singa kat pejabat aku, tapi tengok la dulu kalau rajin aku rakam lagi ye… (Hhihihi tak de kerja aku ni )

Slowkan sikit volume anda kalau nak tengok video ni

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Tarian Singa (bahasa Cina: ??; pinyin: w?sh?) adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

Sumber : Tarian_singa

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *