Makan-Makan @ Wendy’s Times Square

Hari ni 1 Feb adalah cuti umum Hari Wilayah Persekutuan, orang semua cuti aku sebok bekerja, ye lah nak OT cari duit lebih sebab kalau public holiday dapat triple pay. So kebetulan Wendy’s Times Square baru buka dan adalah milik anak syarikat Berjaya, sama macam 7-Eleven so dapat la aku diskaun untuk staff hehehe. Kali pertama cuba Wendy’s memang best menu dia pun ok, harga pun boleh tahan dan sesuai untuk orang-orang yang perpendapatan rendah macam aku ni.

Kawan aku sorang ni memang suka sangat fast food, jadi nak temankan dia punya pasal kami semua terpaksa la pergi makan kat Wendy’s gak. Aku ambik set alamak tak ingat pulak nama dia tapi harga set tu RM14.99 tak termasuk tax, kalau untuk staff berjaya dapat 10% diskaun untuk Alacart.

Kat bawah ni antara gambar-gambar yang sempat kami snap untuk koleksi dan entry blog aku hari ni, antara yang terlibat Ruby, Shah Bugil, Yusri (Yusron) dan aku Zaid…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Makan-Makan @ Wendy’s Times Square

  1. Sarnia says:

    Ini betul2 Jalan2 cari makan…

  2. ruby says:

    bile la abg lang nak belanja wendys… ;(

  3. admin says:

    huhu duit tarak… 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *