Makan Sup Meletup @ Taman Tasik Permaisuri

Siapa pernah makan sup meletup kat taman tasik permaisuri?… ermmm memang best tau sup kat sini, macam-macam jenis sup ada, sup ayam, sup kambing, sup daging, sup gearbox hehehehe dan sewaktu dengannya. Petang semalam waktu kerja keluar rehat dengan kawan-kawan makan sup kat sini.

Nyam-nyam best…harga pun ok, aku makan nasi putih + Sup daging + teh o ais limau  = RM7.00 ok la tu kan tak la mahal sangat. Rasa sup dia pun lain dari yang lain, kat sini kalau waktu cuti atau waktu malam memang ramai. Sapa-sapa yang belum pernah pergi mai la singgah, kalau tak ada kawan ajak aku sekali hehehe aku ni memang kuat makan

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , . Bookmark the permalink.