Unlicensed Copies of Copyrighted Works

Belajar dari kesalahan, itulah yang aku pegang untuk kes ni,… hahahaha agak lucu, sebenarnya kes ni dah lama dah basi pun, tapi hari ni aku nak post untuk pedoman para bloggers semua supaya berhati-hati dan menghormati karya cipta orang lain.. walaupun niat saya disini bukan untuk mengambil keuntungan tetapi ini satu kesalahan yang perlu kita pelajari.

Sebenarnya kes ni lebih kurang bulan September 2008 tahun lepas, untuk pengetahuan semua, saya mempunyi 2 website sebelum ni, biasa la budak-budak muda website saya ni berunsurkan download lagu (mp3, video) bukan niat nak buat website cetak rompak, tapi niat nak promot lagu-lagu artis Malaysia dan luar negara, lagi pun bukan kitaorang host mp3 tu dari server sendiri, semuanya link dari rapidshare dan third party link yang lain.

Alih-alih ada orang dengki ngan saya buat lapuran kat RIM (Persatuan Industri Rakaman Malaysia) yang mengatakan website saya ada host lagu-lagu dari artis Malaysia.. Huh cuak gak masa dapat email dari CEO RIM ni… tapi aku tenangkan diri, sebab nak kata salah tak gak sebab aku tak host pun lagu mp3 cuma link kan je dari website lain…

Tapi dah undang-undang ikutkan je la… RIM kasi masa 48jam untuk tutup website tu atau buang lagu2 tersebut keluar dari website tu.  So nak tak nak terpaksa lah akur dengan undang-undang.. kalau tak kang kene saman pulak hehehe mana aku ada duit nak bayar.

Jadi pesanan saya kepada rakan-rakan blogger yang mempunyai domain sendiri, ingat jangan link/host lagu-lagu mp3 dari Malaysia. kalau tak aku akan buat laporan kat RIM website korang untuk ambil tindakan…

Tapi RIM ni hanya ambik tindakan untuk website2 kecik macam website aku je,  macam website gergasi yang host mp3 tu (Jiw**g.org) sampai hari ni beroperasi tanpa ganguan.

KLIK LINK INI UNTUK MELIHAT SURAT PDF DARI RIM

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

7 Responses to Unlicensed Copies of Copyrighted Works

  1. Zenkerin says:

    Sungguh bangsat manusia pendengki tersebut. Ko plak, jangan dengki kat jiwang.org pula. Hehe.

  2. admin says:

    biar la sapa yg dengki tu… , huhu aku pun bermula dari jiwang tak kan nak hentam kawan sendiri huhu..

  3. jebat says:

    leh ke sampai camtu…gila dengki.tapi kalau kita taruk lagu luar negara takde hal kan.

  4. admin says:

    yup kalau server luar negara ok je… tapi kalau boleh domain registration tu jangan letak nama sendiri,… kalau tak kang surat saman sampai rumah gak hehehehe

  5. twenty-six says:

    saya menjawab atas kapasiti salah seorang crew di jiwang.org…

    crew-crew dan pemilik jiwang.org tidak akan sesekali mensabotaj mana-mana web yang mempunyai matlamat yang sama seperti kami..

    bahkan kami alu-alukan mana-mana pihak yang mahu turut menyertai kami untuk menyumbang..

    kalau nak pindah luar negara, cuba tengok negara yang anti-dmca..polisi mereka lebih longgar.saya rasa anda tahu kan?

  6. RIM xleh wat ape kat jiwang sbb dia nye file byk taruk kat luar, contoh: swiss kot. ehhe. akoo ngetest dia suh dload dlu.

  7. Tuah says:

    si RIM nih pn 1… org adu… terus ja nk amik tindakan… cuba la cek dlm server dl… nih x… main redah.. tup2.. smp surat saman… tp… lagu2 siti… alleycats… korang xyah download… nnt kn saman gk.. hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *