Kad Pengenalan Rosak – System Offline

19012009-1024x7682

Hari ni adalah hari offday aku yang kedua untuk minggu ni… ye la aku kerja 5hari je seminggu dan bulan Januari ni aku offday pada setiap hari Ahad dan Isnin, ingat nak rehat-rehat je kat rumah tapi tak boleh rehat. Makcik aku datang ngan anaknya (sepupu aku) mintak tolong aku drive bawa diorang pergi JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) kat Putrajaya, alang-alang dia nak buat ic anak dia baik aku tukar ic sekali, sebab ic aku cip dia dah tak boleh baca,  memang bajek kalau buat IC kat Putrajaya boleh la siap cepat dapat hari ni gak tapi hampeh

snapshot_200901191Datang ambik nombor pukul 12.47pm dan nombor yang kita orang dapat #3199 dan nombor sekarang #3135 nak dekat 65 orang yang nak di tunggu, tapi nak sedapkan hati dan tau JPN dah upgrade sistem diorang mesti sekejap je 65 orang ni,.. masa berjalan dah dekat 1jam tapi baru gerak dalam 10 orang je, nak dekat lunch time pihak urusan buat announcement yang mengatakan sekarang network sedang offline dan akan kembali pulih secepat mungkin. Ok lagi la tu rasanya kalau offline pun tak sampai 1 jam, tapi tunggu punya tunggu sama je network masih lagi offline, aduh masak, dah la tak makan tengah hari lagi ni, jam pulak dah pukul 3 petang,  so pihak pengurusan membuat keputusan supaya mengambil data secara offline tapi IC tak boleh siap hari ni la, mau makan 2-3 hari baru siap. Alamak dah la aku cuti hari ni je takkan nak ambik MC/AL pulak… banyak cantik dia hehehehe nasibaik la muka abang yang jaga counter (1 smile 🙂 for counter 7)  tu baik je kalau tak mau aku maki hamun kat situ hehehehe. Jadi nak tak nak hari Khamis ni terpaksa la gi Putrajaya sekali lagi nak amik Kad Pengenalan tu.

+ Dah nama pun pusat kerajaan, kalau tak offline memang tak sah! +

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Kad Pengenalan Rosak – System Offline

  1. Sarnia says:

    Ingatkan lagi canggih lagi tip top servicenya, tapi **#//**/++

  2. admin says:

    heheh tau tak pe kak,… punya la lama tunggu tapi yang adooo… 😛

  3. AntiFighter says:

    Sepatutnya korang kena faham..masalah sistem offline ni bukan senang nakh selesaikan…kan ramai orang yang buat mykad kat JPN Putrajaya tu…kenalah korang faham skit.sabar la…kalau dah tau nak wat ic cepat datang la pagi2….kita ni kena sabar.jangan ikutkan sangat kata hati yg marah tu.petugas kaunter tu pun jalankan tanggungjawab dia.sepatutnya public ni tak bleh marah petugas kaunter.

  4. admin says:

    aku tak marah pun kat depan petugas tu… kan aku siap puji lagi petugas tu,..aku marah dalam blog je.. tapi dah tau orang ramai system kene la canggih…. kalau offline satu server mesti ada backup server lain kan… sepatutnya system offline ni kurang terjadi, dari dulu sampai skrg sama je…. offline.. offline…. ofline….

  5. bojeng7 says:

    dpt tak awk buat sistem yg tak pandai offline.

  6. admin says:

    saya bukan seorang programmer… jadi apa guna kerajaan bayar gaji mahal2 tapi programer sedia ada tak mampu mengatasi masalah offline… huhu bukan sekali tapi selalu… macam mana negara nak maju… tak ada backup system ke?.. atau contingency plan?..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *