Saya Nak TAG Blog INI! :-)

Blog yang aku nak di TAG :

http://zaraaluwi.com
http://sarniayahya.com
http://norhayatiberahim.blogspot.com
http://friendismirror.blogspot.com/
http://flipzowblog.com/
http://haslizarazali.blogspot.com/
http://tuahlife.blogspot.com/
http://azhar85.blog.friendster.com/

*cara-cara menjawab tag ini, pergi ke blog anda, pastekan soalan2 dibawah di entry blog anda dan jawab dengan sejujur-jujurnya. kemudian tag balik sekurang-kurangnya 3orang rakan blog anda.

——————————————————————————————————-

Soalan 1 Bila kali terakhir anda pergi bercuti dan kenapa/sebab anda nak pergi bercuti?

aku : Pergi Cherating pada bulan 11 hari tu, sebabnya nak releasekan tension kat tempat kerja yang makin hari makin menjadi2 banyaknya… nak wat cam manakan dah namanya kerja so kene juga la buat, kalau tak buat kang kena buang kerja pulak

Soalan 2 Berapakah umur anda? (jangan malu2 nak announce)… dan adakah anda rasa puas dengan pencapaian anda diusia anda sekarang ni?..

aku : umur aku masuk tahun ni dah 25tahun, hrrruuummm memang tak puas!! manusia mana pernah puas ada je yang dikehendakinya. Tapi aku bersyukur diberikan rezeki dan kesihatan pada usia muda ni… minta-mintala berterusan sehingga tua nanti..

Soalan 3 (tak jawan pun tak pe) Saya tahu anda seorang yang gemar bergambar didepan kemera! jadi pergi ambik kemera anda dan snap gambar wallet/beg duit anda! jangan la malu nak cakap berapa harganya sebab kuantiti nilai dalamnya lebih berharga!

aku : huh apa punya tag la ni… tapi nak aku nak tag gak … ok ni gambar wallet aku, brand…?… ermmm brandsek (cakap dalam sleng indon) hahahahaha tak de brand la beli kat Times Square harga RM10 hehehehe

snapshot_20090117_4snapshot_20090117_1

Soalan 4 Anda mungkin seorang blogger, bila waktu yang paling anda suka untuk update/kemaskini blog anda dan kenapa anda pilih waktu itu?

aku :  waktu tengah malam dan pagi buta adalah waktu yang aku suka update blog, sebabnya masa tu la idea aku mencurah2 ada je cerita nak di ceritakan. Waktu yang paling aku tak suka adalah waktu tengah hari sebab waktu tu aku suka tidur hahahaha

Soalan 5 Apakah yang berlegar2 dalam fikiran anda sekarang?

aku : tengah berfikir apa motif aku buat tag ni, tapi rasanya tak salahkan kalau nak berkongsi apa yang kita ada

Soalan 6 Apakah habbits anda?

aku :  Gigit kuku , gigit straw, korek hidung hahahahaha

Soalan 7 Apakah matlamat anda untuk tahun 2009 ni?

aku : nak kurangkan berat badan (hahahaha ni matlamat aku setiap tahun), nak simpan duit kat ASB, dan berharap dapat bonus tahun ni.., nak bercuti kat luar negara pulak asik dalam negeri je.

Soalan 8 Senaraikan 4 perkara yang anda akan lakukan selepas menjawab tag saya ni?

aku : tutup laptop, tengok tv, mandi (sebab aku baru balik kerja), masukkan kucing dalam sangkar dan kasi diorang makan malam.

Soalan 9 Adakah anda seorang yang pemarah/pendendam / bengis? can cara anda mengatasinya

aku : nak ditakatan aku ni seorang yang pemarah tak juga, tapi setiap orang ada tahap kesabarannya. aku ni suka buat lawak, tak caya tanya budak2 office tempat aku kerja… diorang kalau tak de aku rasa macam sunyi ke office tu. Aku kalau rasa marah sekejap je tak sampai 10minit, lepas tu cool la balik, tak suka la nak marah2 ni balik2 nanti aku yang sakit kepala. Aku bukan seorang yang pendendam!! dan aku tak suka nak dendam2 ni nak buat apa? bukannya dapat pahala pun, baik kita memaafkan dan saling meminta maaf walaupun kita tak buat silap, mungkin orang lain pernah tersinggung ngan kita walaupun hakikatnya kita tak pernah nak marah dia.

Soalan 10 What happened to you in 2001 till 2004?

aku : huh soalan yang paling aku suka, 2001 aku lepas SPM aku tolong mak/bapak aku berniaga kat warung + restoran kalau nak diikutkan sejak kecik lagi aku dah bekerja dan belajar berniaga, dan tahun 2001 ni la aruah abah aku meninggal dunia, dia lahir 8-Januari dan meninggal 11-Januari-2001 dah la tahun tu aku ambik SPM so sedikit sebanyak ia membuat pembelajaran aku terganggu, kesian gak kat mak masa tu sebab kene jaga kedai sorang2 ye la aku kan sekolah lagi waktu tu, tolong mak pun waktu lepas sekolah. Tahun 2002-2003 aku belajar komputer (Pengaturcaraan Komputer) kat PTPL Kajang aku ambik sijil je, at least aku peroleh banyak ilmu berkenaan programming ni… kalau korang nak aku buat program boleh je dan aku paling suka code VB (Visual Basic), .. kalau C++ macam susah sikit. 2004 aku berpindah kat bt9 Cheras dan mula bekerja kat store 7 – Eleven Suntex sebagai pembantu jualan…dan sekarang masih lagi bekerja di 7-Eleven tapi kat HQ..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *