Kenangan Mendaki Gunung Ledang

Dah lama aku tinggalkan alam persekolahan dan alam kolej, banyak memori dan kenangan pahit dan manis aku lalui bersama-sama rakan-rakan seperjuangan. Seingat aku inilah kali pertama dan mungkin kali terakhir aku mendaki gunung. Gunung yang aku maksudkan adalah Gunung Ledang yang terletak di Tangkak Johor.

Masa ni aku belajar kat Kolej EDI (blajar tak abis sebab kolej ni tak best), budak-budak senior ada buat program daki Gunung Ledang, aku dan kengkawan aku apa lagi disebabkan ni program senior so nak tak nak terpaksa la pergi, selain tu boleh gak kenal-kenal pelajar kolej ni dengan lebih dekat lagi..

Pengalaman kat Gunung Ledang memang tak dapat aku lupakan, korang pepaham je la badan aku ni cam mana, nak angkat sampai puncak gunung tu memang satu azab bagi aku hehehe, dah la barang, beg pakaian, punya la banyak nak mendaki lagi, tapi ni la bestnya semangat tolong menolong, kerjasama dari kawan-kawan membuatkan sakit penat hilang begitu je..

Hari pertama kami mendaki dari kaki gunung tak silap aku jam 1petang dan sampai kat check point 1 jam 6 petang… dalam pendakian tu banyak gak berhenti², kalau korang nak tahu aku la yang selalu last… termengah² terkedek² … sampai je kat check point kami tidur dan bermalam kat situ, tapi ada satu perkara yang memang tak dapat aku lupakan adalah semasa kita orang sebok memasang khemah tiba-tiba pokok besar tumbang hempap khemah kami… aku yang masa tu hanya lebih kurang berapa inci je nak kene pokok tu… alhamdulillah aku selamat dan tiada orang lain tercedera.. cuma khemah kami je rosak… fuhhh memang cuak gile masa tu ingatkan umur aku dah tak panjang la… Malam tu kami share khemah ngan kawan² lain buat unggun api, sembahyang beramai² atas gunung, sesi cerita pengalaman… apa yang best kat dalam hutan ni tak ada toilet!.. huh kat mana kitaorang buang air hehehehe mana lagi kat sungai la, punya la takut nak owk-owk kat sungai memalam buta, tapi nak wat cam ne dah darurat 😛  yang kengkawan aku ni pulak memalam buta nak bukak cerita hantu plak… aku tak masuk campur sebab aku ni penakut orangnya.. so aku masuk tido awal..

Hari kedua kami teruskan perjalanan dan pendakian ke puncak, banyak pacat dan lintah kat sini, ada yang melekat kat betis awek-awek kolej ni buat diorang sampai terjerit-jerit mintak tolong, abe-abe senior yang gatal ni apa lagi buat-buat la gagah nak selamatkan awekz yang dalam kesusahan ni.. sambil² tu menyelam minum air la diorang.

sampai kat tengah2 puncak ada cerun yang curam kene pakai tali untuk mendaki, rasanya ada sampai 90darjah ketinggiannya. aduhh aku ni dah la berat dan nak mendaki menggunakan tali plak tuh.. nasibaik ada ranger yang bertugas yang membantu.. kalau tak sampai situ je la aku daki.

tepat pukul 2 petang kami sampai ke puncak Gunung Ledang, memang nyaman dan segar udara di atas puncak. Sambil tercungap-cungap kepenatan dan tak bermaya. Belek telefon aku tak ada line (Maxis), kawan aku pakai Celcom full bar pulak tuh.. memang terbuktilah Celcom lagi bagus. Dekat sejam dua kami lepak kat puncak sambil snap gambar kenangan dan menikmati pemandangan yang disulami angin sepoi² bahasa… jam 4 petang kami turun semula ke check point dan bermalam sehari lagi..

ke esokkannya jam 8 pagi dah mula mendaki turun, dan sempat mandi manda di kaki gunung…

memang best pengalaman ni bersama-sama rakan-rakan kolej… pada mereka yang mengenali diri ini kalau masih ingat sila-silalah keep in touch balik ye… aku rindu kat korang semua…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Kenangan Mendaki Gunung Ledang

  1. Sarnia says:

    Dolu2 pun akak mmg kaki hiking, masa makan2 mlm tu terlebih sorang….leader tak citer, takut semua terkejut. Esoknya baru dia citer…. eee…seramnya

  2. admin says:

    hiihi tu la zaid malas nak gi camping tu… ada je cerita2 seram takutttt…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *