Selamat Tahun Baru 2009

Mungkin aku sudah terlambat untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada anda semua, tapi itulah hakikatnya masa terus berlalu dan terus berlalu. Tahun 2008 sudah ke penghujungnya, tirai suka dan duka aku pada tahun 2008 ini akan dilabuhkan mengganti tahun 2009. Banyak kenangan pahit dan manis yang aku lalui tahun ini, terlalu banyak! sukar untuk aku lafazkan dengan kata-kata. Cukuplah sekadar menjadi memori yang tak mungkin berulang ditahun 2009. Aku tak mahu kenangan dikenangkan, pabila dikenang perasaan aku mudah bercelaru dan tak tentu arah. Lebih baik aku fokus pada cerita yang bakal aku lalu dimasa akan datang.

Azam tahun baru ni aku nak bekerja keras, cari duit banyak-banyak, simpan duit, selesaikan kredit kad baru hidup boleh senang hehehehe… Cukuplah tahun 2008 ni tahun aku kumpul hutang kekeke, apa yang aku nak aku dah beli tahun 2008 ni so tahun 2009 ni program selesaikan hutang la pulak. Mana tau 2010 buat hutang balik kekekeke… tapi aku mesti kurangkan tabiat guna kredit kad, kalau tak dipantau padah jawapannya.

Ada kawan-kawan aku bertanya kenapa tahun 2009 ni tak jadikan tahun mencari jodoh?… huhu siapalah aku?.. duit pun tak ada nak cari jodoh! lagipun aku belum bersedia lagi la dan tak terfikir pun semua tu, nak kawin cepat2 buat apa tak enjoy la kan, tak puas nak berfoya2 eheheheh..

anyway zaid nak ucapkan selamat menyambut tahun baru kepada pengunjung setia blog zaid ni dan aku doakan kamu semua sentiasa dimurahkan rezeki, panjang umur…

amin..!

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Selamat Tahun Baru 2009

  1. kazdo says:

    tahun mencari jodoh??ermm menarik gak idea tu….ekeke…sempat lagi nak tambah azam baru nie…heheh…rilek zahid…klu dah sampai jodohnye tak kemane….duit takde…bankkan ade…ekekek…same2 la kite cari jodoh…

  2. MOHD ZAID OTHMAN says:

    hihi bro kazdo… thn lembu mengembu la kita kekekeke

  3. Pingback: Selamat Tahun Baru 2010 « Mohd Zaid Othman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *