Sinetron Buku Harian Nayla & Penyakit Ataxia

img17685654

img18301112

Dah seminggu aku tengok cerita indon Buku Harian Nayla ni kat Youtube (Klik kat Playlist untuk ikuti cerita ni – http://www.youtube.com/watch?v=aMRDfSQkDdQ), pada mulanya ingatkan tak best cerita ni ye la sebab cerita ni adalah saduran dari cerita One littre of tears dari Jepun tuh… layan punya layan best la plak hehehehe sebab utamanya adalah Nayla ni cantik bangat… cerita ni mengisahkan seorang perempuan yang bernama Nayla yang menghiap penyakit Ataxia. Kat sini aku letak sedikit sinopsis cerita Buku Harian Nayla :-

Semua nampak sempurna untuk Nayla, dia ceria, rajin, cerdik. Kat sekolah pulak dia ni jadi ketua kelas dan masa kat sekolah tu terjumpa plak jejaka hensem (orang indon cakap genteng) hehehehe… tapi disebalik kesempurnaan tu sebenarnya nyala ni menderita sejenis penyakit iaitu penyakit Ataxia yang boleh menyebabkan dia lumpuh satu badan. Setelah doktor Firtz yang memeriksa dan merawat nayla ni, dia meminta nayla membuat buku catatan harian, sebenarnya doktor tu suh si nayla ni buat buku catatan harian ni adalah sebab nak pantau perkembangan kesihatnnya. Hanya mak dan ayah nayla je tahu akan penyakitnya sebab doktor hanya kasi tau mak dia je, mak dia pulak serba salah nak kasi tau dia ni… ye la takut dia risau… Lama kelamaan si nayla ni terjumpa pesakit yang mirip dengan tingkah laku dia, nayla pun tanya pada doktor yang merawat dia tu tapi doktor tu tak nak kasi tahu. Penyakit nayla ni makin lama makin parah, so terpaksalah mak dia kasi tau penyakit dia sebenarnya, sehingga lah dia sampai duduk kat kerusi roda. Beruntung nayla dapat kawan-kawan yang baik dan setia dengannya dalam masa yang sama Moses (pacar genteng) tu syok pulak kat nayla… so nak tahu cerita selanjutnya tengok sendiri cerita ni kat link youtube kat atas tu…

Penyakit Ataxia ni adalah penyakit yang menyerang otak dan tulang belakang dan juga menyebabkan ganguan pada saraf motorik. Pesakit Ataxia ni akan mula kehilangan keseimbangan badan dan menyebabkan jari, tangan, badan, percakapan dan juga gerakkan mata terganggu. Pesakit awalnya sering sakit kepala, sering terjatuh , susah nak gapai barang dalam jarak dekat, nak bergerak tapi tak boleh bergerak, nak bercakap tapi mulut terkaku, tapi pesakit ini tidak hilang kecerdasannya. Sampai saat ini masih belum ada ubatnya.

huhu aku ni bukanya doktor so kalau nak tahu lebih lanjut sila gunakan pakcik Google dan search Ataxia kat situ.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Kerja, Video and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Sinetron Buku Harian Nayla & Penyakit Ataxia

  1. zool says:

    Tak berapa layan SInetron2 ni…

  2. eliza bari says:

    best crita nh klau dhyati fling trussssssss………i like this movie…..

  3. cyntya says:

    like deh sama ni film , setiap episode nya buat terharu.

  4. Mohd Zaid says:

    cyntya > memang menarik dan best sinetron ini.. selamat menonton ya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *