Bebas Jenayah!!

kalau ada jenayah sekitar Kajang/Cheras? Call je nombor ni …

Sebut je pasal jenayah banyak kita lihat hari ini di dada-dada suratkhabar dan di TV ada je kejadian pecah rumah, rompak, samun, dera, rogol, bunuh diri dan macam-macam lagi. Rasa macam dah tak selamat Malaysia ni. Agak-agaknya mana puncanya mereka boleh jadi penjenayah ni yek!… aku yang juga bekerja helpline di syarikat kedai serbaneka swasta ni boleh dikatakan ada je kes rompakan berlaku disana sini setiap hari. Majoriti adalah golongan melayu dan india, kalau orang melayu ni yang merompak mesti budak2 hingus yang baru nak kenal erti hidup, selalunya curik beer la.. kondom pun ada gak, tah awek mana la diorang nak rembat malam tu. Kekadang aku fikir diorang ni tak de otak ke? mak bapak duk sembahyang kat rumah dia plak duk mencuri kat luar.

bersama kita memerangi jenayah!!

Aku bekerja di sekitar golden traingle (Berjaya times square/plaza lowyat/sg.wang) kalau korang nak tengok bangsa yang membangsatkan bangsa boleh la datang sini hari sabtu dan hari ahad…. macam2 golongan ada… Gothic/punk/hip hop semua ada… berpeluk sakan, cium pun ada, dan yang paling aku tak suka adalah budak2 melayu kita.

Apa nak jadi la ngan diorang semua ni kan, bila lah Malaysia nak maju kalau rakyatnya perangai tak merdeka lagi. Bila orang lain dah ambil alih negara ni pandai plak nak marah!..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *