Telefon Bimbit Nak Kene Humban!

Ramai kawan-kawan, sedara mara, keluarga aku komplain sebab susah nak call aku… sebabnya handphone aku ni dah rosak, tapi masih boleh digunakan lagi, bila datang ragam dia langsung tak boleh buat call/sms… tapi kekadang ok plak dia, so apa lagi tak lama lagi kene humban la.

Tapi sebenarnya aku sayang giler kat HP ni dah dekat 6tahun aku pakai elok je, cuma baru2 ni dia dah mula buat hal untuk memekak kan sound dia kekekeke…

Budjet dapat gaji 30hb ni + duit buat website kak yati dapat arr beli hp baru, ingat nak ambik yg ada kamera/3g tapi rasa cam mahal plak.. tak kesah la janji boleh jawab call dan yang paling penting boleh SMS, sebab aku tak suka sangat call-call ni, aku lebih suka berSMS.

Sebenarnya hp Samsung X100 yang aku tengah pakai ni memang banyak kenangan. Kalau nak kata jatuh tu rasanya dah tak terkira, bila aku bengang je aku campak hp ni dalam tong sampai tapi ambik balik huhu ye la korang ingat aku banyak duit ke nak beli hp baru tiap2 bulan hihi… Kalau korang perhatikan kat gambar telefon aku tu, warna cassing dia pun dah bertukar kaler dari warna silver sekarang dah jadi warna putih hehehehe.

Tengok la nanti ingat lepas ni nak ambik I-Phone (hehehe acah je,.. tak mampu aku)… ingat nak ambik N96, tapi tengok duit dulu la… rasa macam tak cukup jew.. kalau tak cukup aku ambik je handpon bawah rm500.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku, Tips and tagged , , , . Bookmark the permalink.