Percutian Ke Cherating

Lama dah tak tulis kat blog ni, almaklumlah sekarang ni bz sikit ngan kerja-kerja akhir tahun, kan lagi sebulan je nak ke tahun 2009 so kita kenelah tunjukkan prestasi cemerlang, terbilang kat office heheheheh asalkan kerja yang kita buat tu dengan ikhlas. Semperna nak masuk tahun baru yang tinggal sebulan lebih je ni, aku dan kawan-kawan office telah buat satu trip percutian ke Cherating. Alasanya hendak abiskan cuti tahunan yang masih melambak dan perlu di langsaikan… tu diorang, cuti melambak lagi.. aku ni cuti dah tinggal kerat jari je…hehehehehe tapi tak kesah la jalan punya pasal semuanya OK!..

Percutian ke Cherating ni dah lama kitaorang cadang… dekat sebulan lebih.  Jadi bulan 11 adalah bulan yang terbaik untuk bercuti, sebab bulan 12 kitaorang nak kerja… sebab ada banyak overtime dan double pay kat office (ehehehe gile keje aku ni)… ok la aku ni mulalah mengarut yang bukan2 … kita tengok je la travel log aku PERCUTIAN KE CHERATING

Hari Pertama (15-November-2008)

12.00pm : Bertolak dari rumah ke office

12.30pm : Tiba di office dan tunggu kawan2 yang lain sampai…

1:00pm : Mulakan perjalanan ke Cherating

3.30pm : Berhenti kat hentian Jabor makan-makan (lapar ooooo)

5.00pm : Sesat mencari resort tempat menginapan kami..

5.30pm : Sampai kat Impiana Resort Cherating (Check-in/Rehat/Mandi/dll)

8.00pm : Keluar beli jajan dan jalan2 cari makan kat sekitar Cherating.. huhu Harga makan kat sini mahal2 belaka..   murah lagi kat KL, air suam pun nak kira…

10.00pm : lepak kat lobby, cari Wifi katanya good connection… tapi hampeh.. tak dapat langsung… kata org front desk tu kadang2 connection ok kadang2 tak ok… amacam la resort 4bintang cam ni pun tak mampu nak baiki mutu Wifinya…

10:30pm : Dengan perasaan hampa kitaorang balik la bilik balik… ingat nak tido tapi mata tak ngantok plak… layan jap TV (nasibaik ada astro) sambil dengar pukulan ombak pantai yang ganaz tu… (yg ni aku suka… feel je.. dapat aku release kan tension kat kepala otak ni…)

12:00am : Mata dah ngantok ye la perjalanan yang jauh dan badan pun sakit2… so….

1.00am : …so…. ZZzzzZZZZZzzzzzzZZz

hari ke2 dan ke3 tunggu entry akan datang…. aku penat ni wei… malas nak taip malam ni… esok2 la ye hhehehe…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Percutian Ke Cherating

  1. Pingback: Aku Zaid » Tanjung Inn Cherating

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *