Babylon A.D. + Membosankan

Hari ni penat sungguh dah la dari tempat kerja hujan. Ingat petang tadi nak balik awal la sebab hari ni nak pergi 1 Utama nak tengok cerita Babylon AD ni sebab dapat tiket percuma dari Umobile. Sebabkan ghairah nakkan tiket punya pasal aku redah jugak hujan lebat tu masa balik kerja. Basah kuyup dibuatnya, dengan memecut laju aku terus mecilok sana mencilok sini supaya sampai rumah awal.. akhirnya lambat gak dengan jalan sesak lagi dengan banjirnya lagi huhu…

Sampai je rumah aku kelam kabut mandi dan bersiap nak pergi 1 Utama, dalam perjalanan jalan punya la sesak hujan lebat lagi pastu banyak plak kete yang rosak kat tepi jalan. Teringat plak aku yang Umobile ada sms supaya ambik tiket sebelum kul 8 malam, jam kat kete dah tunjuk 8.15malam…. huh resah plak aku kot-kot kang tiket tak dapat plak…. dalam kepala otak aku ni dah fikir mesti ramai giler orang kat pawagam nanti.

Satu jam perjalanan sampai gak aku akhirnya kat 1 Utama, huhu aku dah lama tak pergi sini so agak tak keruan sikit dibuatnya.. dah la bangunan dia besar nak cari parking pun susah…lepas je parking kete aku segera berlari cari GCS … rupa2nya kat new wing, aku plak parking kat building lama… so nak la menapak jalan jauh…., sampai-sampai GCS 1Utama aku tengok orang dah Q panjang…. sah la aku tak akan dapat tiket.. mesti tiket wayang dah abis, nasibaik aku terperasan booth Umobile dan terus tanya dia kot-kot masih ada tiket free… nasib aku baik ada lagi tiket rupanya

5minit kemudian aku mula masuk panggung. budjet orang ramai giler la nak tengok babylon ad ni… rupa2nya ada la dalam 100 orang je yg tengok…. hehehehe at least ok la dari ramai2 tak best tengok…

boleh aku katakan cerita ni tak la best mana pun… mugkin pelakon je yang best, ye la
Vin Diesel ngan Michelle Yeoh berlakon, aku tak salahkan diorang sebab diorang melakonkan watak tu dengan bagus sekali, mungkin jalan cerita dia yang terlalu simple dan tak ada isi yang bagus. Jalan cerita plak agak singkat dan banyak part yang buat orang tak paham. Jumlah bintang kat citer ni aku kasi 4/10 je, so kalau korang tengok la sendiri cerita ni dan komen kat sini yek… tata..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Babylon A.D. + Membosankan

  1. akiss says:

    yaa.. i pon ade tgk cte ni. mmg membosankan.. mcm xde motif. tibe2 je ade anak dan abis trus.. hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *