Kenapa Perlu Sekat Lagu Seberang?

Hari ni bila aku baca suratkhabar banyak yang komen tentang konsert Pesta Malam Indonesia tempoh hari. Ada yang bercerita tentang kekecohan segelintir warga Indonesia yang membuat kacau dan ada juga yang bercerita tengang vokalis Peterpan Ariel yang membuka baju semasa membuat persembahan, semua tu dah berlalu dan konsert berkenaan bagi aku yang turut hadir aku rasa tak ada la teruk seperti yang diceritakan dalam surat kabar.

Apa yang menghairankan aku kat sini adalah tentang komen “orang-orang seni” yang mahu mengharamkan konsert PMI ini dimasa akan datang. Ini semua mungkin gara-gara kempen supaya mengurangkan lagu-lagu seberang dipasang di radio dan tv.

Apakah ini menggugat periuk nasi artis tempatan?. Cuba kita fikirkan sejenak kenapa lagu kita tidak dipasang di radio? tidak dimainkan di tv? adakah lagu kita tidak berkualiti? semuanya kita yang tentukan kerana muzik merupakan suatu seni. Kita sebenarnya tidak boleh menyekat lagu-lagu asing dimainkan di Malaysia. Ini kerana peminat yang menyokong mereka. Jangan salahkan peminat tidak mendengar lagu Malaysia, kenapa artis Malaysia tidak boleh setanding artis seberang di negara sendiri?.

Mungkin mereka (artis Malaysia) perlu mengikut jejak artis seberang. Bukan meniru tetapi cuba cari kelebihan karisma yang mereka ada. Cuba kita dengar lagu-lagu seperti Mungkin Nanti, Sandaran Hati, Sephia dan lain-lain, lagu-lagu ini seperti mempunyai suatu keistimewaannya.

Aku menulis ini bukanlah aku memihak kepada artis seberang, tetapi janganlah kerana lagu artis Malaysia tidak dipasangkan di radio/tv Indonesia dan kita pula seperti membalas dendam kepada mereka. Tidakah muzik itu universal?.

Artis Malaysia juga ada peminat tersendiri seperti Slam, Search, Siti Nurhaliza, Awie, Raihan, Rabbani dan ramai lagi. Saya sendiri suka mendengar lagu-lagu artis tempatan.

===========================

Komen pak meon :
Alang-alang sekat lagu indonesia, sekat la juga lagu orang putih, kenapa? lagu orang Malaysia ada dimainkan di radio Canada ke? apa kata artis malaysia buat lagu ala-ala indon sikit gerenti ramai peminat.

+Sapa suh makan cili kalau tak tahan pedas+

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Konsert. Bookmark the permalink.