Pesta Malam Indonesia 2 – Gambar & Video

Penat sungguh hari ni, ye la mana taknya dari pukul 10 pagi dah terconggok kat perkarangan Padang Equestrain Mont Kiara untuk menyaksikan konsert pesta malam indonesia 2. Sampai-sampai dah sesat sebab cari laluan masuk ke padang tu. Nasibaik ada signboard iklan pesta malam indonesia ni. Sampai je sana duk cari parking, cari punya cari tak de parking last zaid park je kat tepi jalan, nasibaik tak ada dapat saman.

Pintu masuk janji di buka pukul 10pagi tapi pukul 11.15 pagi baru gate dibuka, tu kira ok lagi la tapi yang tak bestnya sekuriti terlalu ketat, nak bawak air dan kemera pun tak boleh. Takut punya pasal zaid duk letak je kemera dalam poket seluar. Alhamdulillah guard tu tak perasan hehehehe. So far konsert malam ni memang best. Cuma ada beberapa masalah teknikal pada sistem suara dan elektrik, tetapi dapat diatasi dengan segera.

Ariel peterpan bukak baju masa nyanyi lagu mungkin nanti kat konsert pesta malam indonesia dua?… pasti jadi kontrovesi lagi..

Lagu baru Peterpan – Tak Ada Yang Abadi

Ni dulu buat masa ni, nanti aku upload video dan gambar lagi key… (sorry la kualiti gambar dan video kureng memuaskan, ye la aku rakam pakai kemera murah hehe)

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Konsert and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *